Resepi Lengkap Nasi Kerabu Bersama Kuah Tumis, Sambal Kelapa, Solok Lada Dan Ikan Celup Tepung | nasi kerabu lina pg
Assalamualaikum...
Nasi kerabu sangat terkenal di negeri Kelantan.Kebiasaannya dijadikan sarapan pagi.Nampak agak rumit kerana banyak 'side dish' yang perlu disediakan untuk melengkapkan hidangan.Tapi jangan risau kalau kita susun atur dengan betul, proses penyediaan nasi kerabu akan menjadi mudah.Tapi bagi saya 'behind the scene' proses pembikinan nasi kerabu kali ini sangat mencabar kerana bila kita record/shoot video yang panjang macam ni memerlukan kesabaran yang tinggi.Semua perlu disiapkan dengan teratur dan agak memenatkan.Ianya sangat berbeza kalau kita cuma masak2 dan makan.
Sebenarnya nasi kerabu ini saya buat video masa drama NASI KERABU UNTUK CHE ABE masih lagi bersiaran.Punya lama ambil masa untuk update kat sini.Ada beberapa masalah teknikal sebenarnya.Masa shoot video ada beberapa footage yang corupt...ya allah betul2 menduga kesabaran.Bila footage tu dah berjaya recover dan berjaya edit dengan potong bahagian yang corrupt tu nampak sempurna la videonya.Dugaan lagi apabila file terlalu besar dan ada masalah semasa rendering.Bayangkan semalaman pun tidak 'COMPLETE' rendering.Ya ampun rupanya hard disk tak cukup.Terpaksa edit semula piece by piece.Gigih edit nasi kerabu dan terus render..lepas buat pula kuah tumis, edit dan render.Kemudian satu satukan kesemuanya sekali barulah 'EXPORT' alhamdulillah selesai jugak.Resepi nasi kerabu ni delay dalam 3 minggu juga untuk publish di youtube.Terpaksalah edit video lain yang pendek2 untuk publish terlebih dahulu.
Begitulah sedikit kisah NASI KERABU ni.Menjadi youtuber bukan sahaja buat video,edit dan post.Bila ada masalah teknikal huru hara juga dibuatnya hahaa..Apa pun itu semua pengalaman yang menambahkan ilmu pengetahuan.Kalau semuanya sentiasa lancar dan tiada sebarang masalah, kita tidak akan belajar sesuatu yang baru.Betul tak?
Panjang pulak cerita kali ini dah la resepi nasi kerabu ini agak panjang.Harap korang sudilah baca sampai habis tau.Okey bahagian teknikal dan habis.Jom saya kongsikan tips untuk proses memasak nasi kerabu ni berjalan dengan lancar.
Okey untuk memudahkan kerja, kalau nak makan nasi kerabu untuk sarapan pagi:
- Sediakan kuah tumis di sebelah malam.Keesokan harinya panaskan sekejap.Kuah tumis akan lebih pekat dan mesra dengan tumisan.
- Sambal kelapa juga seeloknya disediakan pada malam hari.
- Sambal jate, juga disediakan awal.Kalau kat rumah saya sentiasa ada stok sambal jate ni.Jadi tidak kelam kabut dan buat sambal.
- Masak nasi guna dapur elektrik, sementara tunggu nasi masak, boleh sediakan solok dan ikan celup tepung.
- Senangkan bila kita dah atur kerja2 memasak ni.
- Satukan semua bahan bertanda (*) dan rebus hingga ikan masak.
- Asingkan tulang dan isi.Guna 6 ekor ikan rebus untuk sambal kelapa.Asingkan 2 ekor untuk solok lada.
- Tumbuk halia, serai,bawang merah dan bawang putih.
- Kemudian tumbuk kasar isi ikan.
- Guna kuali besar, sangai/sangrai kelapa parut hingga kekuningan.
- Kemudian masukkan bahan tumbuk tadi bersama isi ikan.Sangai hingga garing.Masukkan garam, gula/perasa.Seimbangkan rasa.Tutup api.
- Sambal kelapa dan siap.
- Panaskan minyak, tumis bahan kisar, serai dan cili giling hingga pecah minyak.
- Masukkan santan, asam keping, gula nisan dan budu.
- Masukkan garam dan perasa.Reneh hingga pekat.Setelah masak keluarkan asam keping.Supaya kuah tidak terlalu masam.
- Kuah tumis nasi kerabu siap.
- Cuci bersih beras basmati dan rendam dalam air bunga telang dan sedikit pewarna biru.Rendam selama 20-30min kemudian toskan.Kalau guna beras biasa tak perlu rendam.
- Satukan semua bahan ke dalam periuk elektrik dan masak seperti biasa.
- Nasi kerabu biru siap.
- Lada solok/cili hijau dibelah dua dan buang biji.
- Tumbuk bawang merah, bawang putih,halia dan serai.Masukkan ke dalam bekas.
- kemudian tumbuk kasar isi ikan.Masukkan ke dalam bekas berisi bawang tadi
- Tumbuk kasar/tumbuk pecah-pecah jer kelapa parut.Masukkan ke dalam bekas tadi
- Masukkan garam, peras, serbuk lada hitam kasar dan telur.
- Gaul rata semua bahan.Kemudian sumbat ke dalam lada solok.
- Susun solok ke dalam periuk dan siram dengan santan sederhana cair.Rebus hingga masak.Solok lada siap
- Satukan air, gandum, majerin, garam, kunyit dan pewarna ke dalam blender.Kisar halus.Tuang ke dalam bekas
- Panaskan minyak.
- Ikan dilap dengan kitchen towel supaya senang melekat dengan bahan kisar tadi
- Celup ikan ke dalam bahan kisar dan goreng secara deep fry.
- Angkat dan toskan.