Ayam Masak Cabai Hidup Mudah Dan Sedap (Adaptasi Pung Pang Datuk Rizalman)

By LiNa_Pg - Saturday, October 03, 2020

 Assalamualaikum...

Hai semua...hari ni saya nak share resepi yang dah lama dibuat sebenarnya iaitu Ayam Masak Cabai Hidup.Cabai hidup tu dalam bahasa utaqa kalau bahasa biasa ni nama dia cili merah ya kawan-kawan.

Resepi ni saya adaptasi dari program masakan Pung Pang Datuk Rizalman.Saya tengok ni siaran ulangan, kebetulan tercongok depan tv tak tahu nak tengok channel mana, main tekan2 nampak TokRi masak terus emergency brake.Tengok pi la.Kalu tak silap tetamu minggu tu ialah che ta.Nampak macam sedap dan che ta makan pun siap bertambah2 apa lagi terus cuba, lagipun bahan2 pun simple jer.Saya guna apa yang ada kat rumah jer.Kalau ikut resepi asal tokRi guna sup tomato brand Haienz (cam salah jer ejaan tu) saya guna sos tomato jer.Ikut dan dia jer kan lina pg ni hahaa.

Resepi Ayam Masak Cabai Merah ni saya ada buat video tutorial jugak dah lama post ke youtube sinun..tapi macam biasalah nak taip resepi kat blog ni bukan main lama ambil masa.

Alhamdulillah baru boleh upload gambar dalam blog hehe..sebelum ni masuk youtube terus jer.Cuba tau..nak makan dengan nasi minyak atau nasi putih pun boleh

AYAM MASAK CABAI HIDUP

Adaptasi Pung Pang Rizalman

By @malina lina pg http://linapg.blogspot.com/

Bahan A

10 ketul ayam

2 sudu besar cili giling

2 cm gula melaka/gula nissan

1 sudu besar sos tomato

2 asam keping

1 cawan santan

1/4 cawan susu cair

2 sudu besar sos tiram

Garam dan perasa (jika suka)

1 sudu besar minyak sapi

Minyak masak


Bahan B (Kisar)

1 labu bawang besar 

10 ulas bawang merah 

5 ulas bawang putih 

3 biji buah keras

10 biji cili merah/cabai hidup (buang biji)


Bahan C (Bahan Tumis)

3 sekawan (kulit kayu manis,bunga lawang,pelaga)

2 batang serai ketuk

Daun pudina (simpan sedikit untuk tabur)


Air secukupnya

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak bersama minyak sapi, tumis bahan c hingga naik bau.Kemudian masukkan bahan kisar dan masukkan cili giling dan sos tomato.Tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan ayam dan gaul rata hingga ayam kecut.
  3. Masukkan asam keping, garam, santan dan susu cair.Biarkan hingga ayam empuk (boleh tambah air jika perlu)
  4. Setelah kuah pekat,masukkan sos tiram dan seimbangkan rasa.Taburkan daun pudina.
  5. Ayam Masak Cabai Hidup sedia dihidang.Rasanya ala-ala ayam masak ros
  6. Untuk video tutorial sila klik paparan di bawah atau klik link berikut 



  • Share:

You Might Also Like

3 comments