Assalamualaikum...
Hai apa khabar semua?lama betul tak update blog.Entah apalah yang disibukkan sangat tu.Sekarang ni anak-anak sedang bercuti, mama ambil peluang untuk menulis dalam blog TMK kesayangan ni.Semoga diberi kekuatan dan semangat untuk menulis dan update resepi terbaru.
Resepi hari ini ialah apam gula merah sangat mudah dan cepat disediakan, kalau nak buat untuk minum petang ini pun masih sempat buat.
Resepi Apam Kampung Gula Merah
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula merah
1+1/2 sk yis
1+1/2 cawan air suam
Garam
Bahan Lain
1 cawan kelapa parut
Garam
Cara-Cara
- Sediakan mangkuk besar, satukan tepung gandum, gula merah, garam dan yis.PENTING Pastikan yis dan garam bukan letak setompok, letak asing-asing.Biarkan ada jarak.Kalau yis bercampur atau kena garam, yis akan mati.
- Gaulkan semua bahan kering sambil tuang air suam dan adun sebati. Tapiskan adunan dan peram hingga adunan kembang.Lina pg perap selama 45min sahaja.
- Sediakan loyang 7x7in alas dengan baking paper dan sapu sedikit minyak.Tuang adunan tadi.Kukus selama 30min (atau hingga masak)menggunakan API BESAR.
- Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk terlebih dahulu sebelum dipotong.
- Sementara itu, satukan kelapa parut dan sedikit garam.Kukus selama 10min.Tips supaya kelapa parut lambat basi/masam.
- Setelah kuih sejuk, bolehlah potong mengikut kreativiti masing-masing, hidangkan bersama kelapa parut putih.Selamat mencuba.
- Untuk video tutorial, klik butang PLAY paparan di bawah