Assalamualaikum.. Korang dah sarapan ke tu?Kalau belum, meh saya share idea untuk sarapan pagi.Kalau nak buat makan malam pun ok jugak.Resepi serba ringkas iaitu Nasi Goreng Sardin dan petai.Petai saya guna ni petai frozen dan berminggu2 dalam peti ais...Campak jer la dalam nasi goreng.Tak yah sayur dah dah...senang kije. Ni kalau saya letak video terus aci tak?Sebab cam malas nak menaip hihi...Nanti kalau rajin saya taip resepi ok.Buat masa ni korang tengok video terus.Resepi ada dalam caption video.
Nasi Goreng ni dah lama sangat tunggu Q, update jer la walaupun kerajinan nak menaip tu kurang.At least boleh refer kat video kan..
Assalamualaikum... Wah bersemangat sungguh update blog hahaa..Bukan apa banyak sangat ni n3 tertangguh kita kayuh laju laju.Okey hari ni saya nak kongsikan petua cara simpan bunga kantan supaya kekal segar seperti baru dipetik walaupun dah berbulan disimpan.Paling best memang tak lebam tau.Saya dah cuba lama cuma baru berkesempatan berkongsi dengan korang.Inipun sebab bunga kantan memang dipetik segar dari belakang teratak arwah bonda. Alahai cari gambar tak ada pulak.Saya tulis karangan lepas tu korang tengok di youtube ok.Video raw pun dah delete. Petua Simpan Bunga Kantan Supaya Kekal segar Tidak Lebam
Bunga kantan dibasuh terlebih dahulu.
Kalau saiz besar boleh belah 2 atau empat.
Masukkan ke dalam plastik aiskrim kalau tak ada plastik boleh masukkan ke dalam tupperware.
Jumlah bunga kantan mengikut kegunaan masing2.Kalau saya masukkan 2 kuntum setiap bekas/plastik.
Isi air (bertapis) memenuhi plastik aiskrim dan ikat kemas macam ikat aiskrim 1 Malaysia
Kalau guna tupperware, isi air hingga penuh (bunga kantan tenggelam) dan tutup rapat.
Simpan dalam peti sejuk beku.
Boleh refer video tutorial di bawah.Petua ini jugak boleh diguna pakai untuk menyimpan daun pisang.InsyaaAllah daun pisang kekal hijau dan nampak fresh
Note:
Tujuan guna air tapis supaya lebih senang.Kalau bunga kantan masih beku pun boleh terus masukkan ke dalam masakan.Senang kan?
Assalamualaikum.. Hai apa khabar semua?Lama tenggelam, lepas tu timbul balik.Okeylah hari ni saya nak kongsikan resepi Ayam Biryani.Banyak kali juga masak beriani ni tapi selalunya guna kambing.Kali ni guna ayam dan macam biasalah saya suka Briani yang tak guna santan.Tak muak makan.. Alahai blank pulak tak tahu nak mengarang.Jom la kita semak resepi
Ayam Beriani ni saya sediakna video tutorial jugak
Assalamualaikum... Alhamdulillah dilapangkan waktu dan dianugerhkan kerajinan untuk update blog pagi.Cuaca masih lagi mendung.Semoga ada hujan rahmat pagi ni yang bakal menghapuskan jerebu di Pulau Pinang ni. Hari ni tak ada resepi lauk, kita buat kek pulak.Ya Allah cam dejavu jerrrr dengan kek ni al maklumlah tokey kek pencen kan?Lama benar tinggalkan baking membaking ni.Kesian tengok mixer tersadai jer.Gagah jugak buat kek sebiji kek old skool iaitu Kek Butter tapi jenis dulu dulu punya hanya guna bahan biasa tak ada ovelet bagai.Kalau korang nak tukar dengan majerin pun boleh.Kalau majerin saya sarankan guna majerin Pelangi sebab lebih wangi dan sedap (pada citarasa sayalah) tapi untuk kek mentega kali ini saya gunakan pure butter.Kebetulan ada beli buat stok. Resepi Kek Mentega ni saya ada sediakan video tutorial jugak di youtube sana (punya lama dah publish kat youtube)cuma kat blog asyik menunggu Q jer.Okey jom kita semak resepi kek marble sedap dan gebu ni.
Amacam tergoda tak?Sesuai untuk minum petang dengan Kopi O atau Teh O panas.
Ini hasil kek selepas dibakar, sangat cantik.Tidak berlekuk dan tidak merekah.Perfect out come.Alhamdulillah mujurlak skil membaking belum terjunam ke laut dalam hahaaa
Satukan mentega bersama gula.Pukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu (jarak masa 1minit setiap biji telur) Telur akhir sekali pukul selama 4 minit.
Masukkan esen vanila.
Masukkan tepung selang seli dengan susu cair (akhiri dengan tepung)
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
Sediakan loyang yang disapu mentega dan alas dengan baking paper.
Masukkan adunan ke dalam loyang/marble mengikut kreativiti masing2.Hentak sedikit loyang untuk pecahkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan.
Bakar selama 50min (hingga masak) suhu 150' c (mengikut suhu oven masing-masing)
Setelah kek masak, biarkan sejuk sedikit.Barulah dikeluarkan dari loyang.Sejukkan di atas redai.
Selamat Mencuba.Dah cuba boleh tag saya di fb/IG @malina_LiNa Pg
Video tutorial, boleh klik butang PLAY di bawah atau klik link di bawah gambar
Assalamualaikum... Alahai lama betul tinggalkan 'dapur' yang satu ni.Kebizian siket minggu ni dengan macam2 aktiviti.Hari Jumaat lepas berkampung kat Seberang tengok abang long konvo (Alhamdulillah dah grad anak mama)Kebetulan pulak sek.keb bercuti sempena exam UPSR maka, adalah budak seketul tu kat rumah.Biasalah bila ada cuti panjang, laptop mama kena hijack dengan budak Sarah.Tak bolehlah si mama nak update blog. Hari ni dah back to normal rutine,so kena update cepat2 sebelum mula memasak untuk makan tengahari. Okey hari ni nak share resepi cucur kentang.Sebenarnya cucur kentang ni pernah viral 1-2 tahun lepas.Tapi untuk versi terbaru ni memang lain dari yang dulu tu.Biasalah bila dah improvise rasa dan tektur dah tak sama.Yang ini lebih sedap, rangup sampai ke tahap kruk krap la...Paling best kerangupannya tuh membawa hingga ke petang (tapi kena simpan dalam bekas bertutup la)Jangan terdedah macam tu jer..kompom lah masuk angin kan? Resepi Cucur Kentang Rangup ni saya ambil inspirasi dari Instagram Adik's Food. Penggunaan ubi kentang Russet yang kurang berair menambahkan lagi keenakan cucur ni.Kalau korang nak buat cucur kentang seeloknya guna kentang Russet ok.Jangan guna ubi kentang holland yang berwarna kekuningan tu sebab spesis tu banyak kandungan kanji dan agak berair.Ubi keledek holland sesuai untuk dimasukkan ke dalam kari/sup dan sebagainya. Pelakon pembantu yang menambahkan kerangupan cucur kentang ialah penggunaan ubi keledek yang disagat halus.Kalau resepi cucur kentang sebelum ni menggunakan karot, cuba korang tukar dengan keledek oren, bukan sahaja memberi impak warna yang menarik (ada kontra putih dan oren) tapi juga merangupkan cucur. Tepung juga memainkan peranan untuk merangupkan cucur.Untuk cucur kentang versi ini saya menggunakan tepung tempura yang memberi tektur yang ringan warna yang menarik selepas digoreng. Okey jom kita semak resepi.Kalau korang nak tengok video tutorial boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.Jangan Lupa Subscribe tau untuk lebih banyak video menarik.Free jer
Nampak tak?Terserlah kerangupan Cucur Kentang ni.Kalau makan terus macam tu pun dah cukup sedap
Warna keemasan Cucur Kentang ni menawan kalbu.Kebiasaan Cucur Kentang agak hangus walaupun kita dah control api, tapi versi yang ini memang mudah dan hasilnya sangat memuaskan hati.Cubalah insyaaAllah sangat sedap dan rangup.Paling penting jangan tukar bahan2 yang saya senaraikan.Kalau tukar kentang kepasa spesis lain, hasilnya memang BERBEZA.