Cucur Kentang Sedap Dan Mudah|Pelbagai Tips Cucur Kekal Rangup Sampai Ke Petang
Assalamualaikum...
Alahai lama betul tinggalkan 'dapur' yang satu ni.Kebizian siket minggu ni dengan macam2 aktiviti.Hari Jumaat lepas berkampung kat Seberang tengok abang long konvo (Alhamdulillah dah grad anak mama)Kebetulan pulak sek.keb bercuti sempena exam UPSR maka, adalah budak seketul tu kat rumah.Biasalah bila ada cuti panjang, laptop mama kena hijack dengan budak Sarah.Tak bolehlah si mama nak update blog.
Hari ni dah back to normal rutine,so kena update cepat2 sebelum mula memasak untuk makan tengahari.
Okey hari ni nak share resepi cucur kentang.Sebenarnya cucur kentang ni pernah viral 1-2 tahun lepas.Tapi untuk versi terbaru ni memang lain dari yang dulu tu.Biasalah bila dah improvise rasa dan tektur dah tak sama.Yang ini lebih sedap, rangup sampai ke tahap kruk krap la...Paling best kerangupannya tuh membawa hingga ke petang (tapi kena simpan dalam bekas bertutup la)Jangan terdedah macam tu jer..kompom lah masuk angin kan?
Resepi Cucur Kentang Rangup ni saya ambil inspirasi dari Instagram Adik's Food.
Penggunaan ubi kentang Russet yang kurang berair menambahkan lagi keenakan cucur ni.Kalau korang nak buat cucur kentang seeloknya guna kentang Russet ok.Jangan guna ubi kentang holland yang berwarna kekuningan tu sebab spesis tu banyak kandungan kanji dan agak berair.Ubi keledek holland sesuai untuk dimasukkan ke dalam kari/sup dan sebagainya.
Pelakon pembantu yang menambahkan kerangupan cucur kentang ialah penggunaan ubi keledek yang disagat halus.Kalau resepi cucur kentang sebelum ni menggunakan karot, cuba korang tukar dengan keledek oren, bukan sahaja memberi impak warna yang menarik (ada kontra putih dan oren) tapi juga merangupkan cucur.
Tepung juga memainkan peranan untuk merangupkan cucur.Untuk cucur kentang versi ini saya menggunakan tepung tempura yang memberi tektur yang ringan warna yang menarik selepas digoreng.
Okey jom kita semak resepi.Kalau korang nak tengok video tutorial boleh tengok di youtube LiNa Pg ok.Jangan Lupa Subscribe tau untuk lebih banyak video menarik.Free jer
- 2 ketul kentang Russet
- 1 ketul keledek oren (saiz sederhana)
- 220g tepung tempura
- 200-250ml air sejuk (peti ais)
- Sedikit garam
- Minyak
- Air sejuk (untuk merendam kentang)
- Ubi kentang dan keledek disagat.Kemudian dicuci bersih untuk hilangkan kanji.
- Kemudian rendam dalam air sejuk (peti ais) selama 15min.Kemudian toskan hingga kering.Perah sedikit jika perlu.Untuk buang lebihan air.
- Masukkan parutan ubi keledek dan kentang ke dalam mangkuk besar, masukkan tepung tempura dan garam/cukuprasa.
- Gaul rata terlebih dahulu kentang dan tepung.
- Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit sambil adun rata.
- Skop sesudu bancuhan tepung+kentang tadi dan buat lubang di tengah (untuk membentuk sarang burung)
- Kemudian goreng hingga kuning keemasan (guna api sederhana sahaja)
- Angkat dan toskan.Cucur Kentang sedia dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial sila klik butang PLAY
3 comments
Ada lagi tak cucur kentang rangup tu Lina? Nak juga merasa sebiji dua...sedapnya!
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDeleteSedapnya
ReplyDelete