Monday, September 23, 2019

Resepi Ayam Masak Beriani Mudah Dan Sangat Sedap

Assalamualaikum..
Hai apa khabar semua?Lama tenggelam, lepas tu timbul balik.Okeylah hari ni saya nak kongsikan resepi Ayam Biryani.Banyak kali juga masak beriani ni tapi selalunya guna kambing.Kali ni guna ayam dan macam biasalah saya suka Briani yang tak guna santan.Tak muak makan..
Alahai blank pulak tak tahu nak mengarang.Jom la kita semak resepi

Ayam Beriani ni saya sediakna video tutorial jugak

AYAM MASAK BERIANI
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 12 ketul ayam 
  • 3 sb rempah Beriani (jadikan pes)
  • 1 sb cili giling
  •  4 sekawan 
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 cm halia (kisar)
  • 3 sb sos tiram
  • 1 sk gula merah
  • 1 sk asam jawa xtra
  • Garam dan kunyit
  • Minyak
  • Air secukupnya
  • tomato ceri, cili hijau,cili merah, daun ketumbar, gajus)
Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit.Goreng hingga masak,Ketepikan
  2. Kelurkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis 4 sekawan, masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
  4. Masukkan pes beriani dan cili giling, tumis hingga pecah minyak.
  5. Kemudian masukkan gula merah dan asam jawa.Tambah air secukupnya.Masukkan juga sos tiram.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Gaul rata.
  7. Akhir sekali masukkan buah tomato, daun ketumbar, cili merah,cili hijau dan gajus.
  8. Sesuaikan rasa.Tutup api.Ayam Masak Beriani sedia dihidang.
  9. Video tutorial, sila klik butang PLAY


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...