kek

Resepi Kek Marble Klasik (Tak Guna Ovelet) | Kek Mentega Sedap Lembut Dan Gebu

By LiNa_Pg - Tuesday, September 17, 2019

Assalamualaikum...
Alhamdulillah dilapangkan waktu dan dianugerhkan kerajinan untuk update blog pagi.Cuaca masih lagi mendung.Semoga ada hujan rahmat pagi ni yang bakal menghapuskan jerebu di Pulau Pinang ni.
Hari ni tak ada resepi lauk, kita buat kek pulak.Ya Allah cam dejavu jerrrr dengan kek ni al maklumlah tokey kek pencen kan?Lama benar tinggalkan baking membaking ni.Kesian tengok mixer tersadai jer.Gagah jugak buat kek sebiji kek old skool iaitu Kek Butter tapi jenis dulu dulu punya hanya guna bahan biasa tak ada ovelet bagai.Kalau korang nak tukar dengan majerin pun boleh.Kalau majerin saya sarankan guna majerin Pelangi sebab lebih wangi dan sedap (pada citarasa sayalah) tapi untuk kek mentega kali ini saya gunakan pure butter.Kebetulan ada beli buat stok.
Resepi Kek Mentega ni saya ada sediakan video tutorial jugak di youtube sana (punya lama dah publish kat youtube)cuma kat blog asyik menunggu Q jer.Okey jom kita semak resepi kek marble sedap dan gebu ni.

 Amacam tergoda tak?Sesuai untuk minum petang dengan Kopi O atau Teh O panas.
Ini hasil kek selepas dibakar, sangat cantik.Tidak berlekuk dan tidak merekah.Perfect out come.Alhamdulillah mujurlak skil membaking belum terjunam ke laut dalam hahaaa

KEK MARBLE KLASIK
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (Loyang 8x8in)
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1 cawan gula kastor
  • 250g mentega (lembut)
  • 4 biji telur
  • 1/3 cawan susu cair/susu segar
  • 1 sk esen vanila
  • Pewarna
Cara-Cara
  1. Ayak tepung bersama baking powder.Ketepikan
  2. Satukan mentega bersama gula.Pukul hingga kembang.
  3. Masukkan telur satu persatu (jarak masa 1minit setiap biji telur) Telur akhir sekali pukul selama 4 minit.
  4. Masukkan esen vanila.
  5. Masukkan tepung selang seli dengan susu cair (akhiri dengan tepung)
  6. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  7. Sediakan loyang yang disapu mentega dan alas dengan baking paper.
  8. Masukkan adunan ke dalam loyang/marble mengikut kreativiti masing2.Hentak sedikit loyang untuk pecahkan gelembung udara yang terperangkap dalam adunan.
  9. Bakar selama 50min (hingga masak) suhu 150' c (mengikut suhu oven masing-masing)
  10. Setelah kek masak, biarkan sejuk sedikit.Barulah dikeluarkan dari loyang.Sejukkan di atas redai.
  11. Selamat Mencuba.Dah cuba boleh tag saya di fb/IG @malina_LiNa Pg
  12. Video tutorial, boleh klik butang PLAY di bawah atau klik link di bawah gambar

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. I am entirely agreed with this article, and I just want say that this article is very helpful and enlightening. I also have some precious piece of concerned info. Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search.

    ReplyDelete