Petua Menyimpan Bunga Kantan Kekal Segar Dan Tidak Lebam

By LiNa_Pg - Tuesday, September 24, 2019

Assalamualaikum...
Wah bersemangat sungguh update blog hahaa..Bukan apa banyak sangat ni n3 tertangguh kita kayuh laju laju.Okey hari ni saya nak kongsikan petua cara simpan bunga kantan supaya kekal segar seperti baru dipetik walaupun dah berbulan disimpan.Paling best memang tak lebam tau.Saya dah cuba lama cuma baru berkesempatan berkongsi dengan korang.Inipun sebab bunga kantan memang dipetik segar dari belakang teratak arwah bonda.
Alahai cari gambar tak ada pulak.Saya tulis karangan lepas tu korang tengok di youtube ok.Video raw pun dah delete.
Petua Simpan Bunga Kantan Supaya Kekal segar Tidak Lebam

  1. Bunga kantan dibasuh terlebih dahulu.
  2. Kalau saiz besar boleh belah 2 atau empat.
  3. Masukkan ke dalam plastik aiskrim kalau tak ada plastik boleh masukkan ke dalam tupperware.
  4. Jumlah bunga kantan mengikut kegunaan masing2.Kalau saya masukkan 2 kuntum setiap bekas/plastik.
  5. Isi air (bertapis) memenuhi plastik aiskrim dan ikat kemas macam ikat aiskrim 1 Malaysia
  6. Kalau guna tupperware, isi air hingga penuh (bunga kantan tenggelam) dan tutup rapat.
  7. Simpan dalam peti sejuk beku.
  8. Boleh refer video tutorial di bawah.Petua ini jugak boleh diguna pakai untuk menyimpan daun pisang.InsyaaAllah daun pisang kekal hijau dan nampak fresh
Note:
Tujuan guna air tapis supaya lebih senang.Kalau bunga kantan masih beku pun boleh terus masukkan ke dalam masakan.Senang kan?


  • Share:

You Might Also Like

1 comments