Monday, February 28, 2022

Biskut Nestum Rangup

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak kongsikan resepi biskut raya yang digemari ramai iaitu biskut nestum.Resepi biskut nestum ini sangat ringkas dan bahan yang digunakan pun sedikit sahaja.Aroma biskut semasa dibakar sangat wangi memang buat kita tak sabar nak merasa.Nasiblah kan buat biskut bukan bulan puasa, kalau tidak kenalah tahan sabar.Untuk resepi biskut nestum ni saya gunakan vivo golden butteri, hasilnya biskut rangup dan terasa 'butteri' itulah tektur dan rasa yang kita mahukan.

Resepi biskut biskut nestum ini saya pernah kongsikan dalam sebuah Majalah masakan popular beberapa tahun lepas untuk edisi Bumper Aidilfitri.Cuma masa itu saya belum ada YouTube lagi.Kali ini saya kongsikan resepi berserta video tutorial.

Biskut nestum ni kalau tak nak terap guna acuan, boleh juga buat bentuk bulat kemudian tekan leper sedikit, hias dengan ceri di bahagian tengah.

biskut nestum, resepi biskut nestum, biskut nestum rangup, biskut raya sukatan cawan, kuih raya, biskut raya 2022, biskut klasik, vivo golden butteri,
Vivo golden butteri ni didatangkan dalam bentuk tong dan berpenutup, senang untuk simpan.Nampak tak seberat 4.8KG memang sangat berbaloi macam-macam boleh buat.

biskut nestum, resepi biskut nestum, biskut nestum rangup, biskut raya sukatan cawan, kuih raya, biskut raya 2022, biskut klasik, vivo golden butteri,
Biskut yang dihasilkan menggunakan vivo golden butteri sangat ringan, rapuh dan rangup.Adunan pun sangat stabil, lepas siap uli boleh terus proceed ke langkah seterusnya.Tak perlu perap/simpan dalam peti ais.Senang kan dan menjimatkan masa

biskut nestum, resepi biskut nestum, biskut nestum rangup, biskut raya sukatan cawan, kuih raya, biskut raya 2022, biskut klasik, vivo golden butteri,

Resepi Biskut Nestum Rangup 
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan (sukatan cawan metrik)
1 cawan tepung gandum 
1/4 cawan tepung jagung
1 cawan nestum
100g vivo golden butteri (1/2 cawan) 
1/3 cawan gula aising
1 biji kuning telur
1/2 sk esen vanilla

Hiasan
1 kuning telur (pukul sedikit)
nestum
ceri (optional)

Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama tepung jagung.Ketepikan.
  2. Masukkan nestum ke dalam mangkuk dan ramas/hancurkan sedikit.Ketepikan.
  3. Sediakan mangkuk besar untuk mengadun.Masukkan vivo golden butteri dan gula aising, gaul sekadar bercampur sahaja.
  4. Masukkan telur dan esen vanilla.Kacau/gaul sehingga nampak berkrim/creamy.
  5. Masukkan campuran tepung sedikit demi sedikit sambil uli hingga menjadi doh.
  6. Akhir sekalu masukkan nestum.Tinggal sedikit untuk hiasan.Gaul/adun hingga menjadi doh.
  7. Sediakan papan canai dan canai doh ketebalan anggaran 1/2inci (terpulang ketebalan yang disukai).Kemudian terap/tekap menggunakan acuan kegemaran.
  8. Susun ke atas dulang/tray.Dengan menggunakan berus lembut, sapukan kuning telur ke atas biskut dan tabur sedikit nestum untuk hiasan.Jika menggunakan acuan bentuk bunga. boleh letak potongan ceri di bahagian tengah.
  9. Bakar pada suhu 160'c selama 30min (hingga masak)menggunakan api atas dan bawah.Suhu dan tempoh membakar bergantung kepada jenis dan kapasiti oven masing-masing, juga ketebalan dan saiz biskut anda.
  10. Setelah biskut masak, biarkan sejuk seketika dan alihkan ke redai penyejuk.
  11. Simpan dalam balang kedap udara setelah biskut betul-betul sejuk.Selamat mencuba.Untuk video tutorial sila klik butang PLAY paparan berikut
https://youtu.be/Z63PFLPSB9E




biskut nestum, resepi biskut nestum, biskut nestum rangup, biskut raya sukatan cawan, kuih raya, biskut raya 2022, biskut klasik, vivo golden butteri,
Setiap kali saya post video/resepi menggunakan Vivo Golden Butteri, soalan paling popular ialah HALAL ke kak?Vivo Golden Butteri adalah HALAL, tuuuu nampak tak Logo Halal.Jangan risau ya.Soalan kedua ialah mana nak beli, tak jumpa pun haha.Boleh beli dari kedai menjual bahan-bahan membuat kek atau beli secara online di shopee.Kalau cari kat pasaraya atau kedai runcit memang tak ada.

biskut nestum, resepi biskut nestum, biskut nestum rangup, biskut raya sukatan cawan, kuih raya, biskut raya 2022, biskut klasik, vivo golden butteri,
Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi no yang tertera 

Thursday, February 17, 2022

Resepi Nasi Minyak Jus Oren | Nasi Minyak Paling Mudah Dan Tak Muak

 Assalamualaikum...

Hai semua, kembali bersiaran.Sebulan lebih sahaja lagi akan menyambut bulan Ramadan, sekejap sahaja masa berlalu, pejam celik pejam celik dah nak puasa rupanya.Semoga tahun ini kita dapat sambut bersama keluarga di kampung halaman.

Okey resepi kita hari ini ialah nasi minyak yang simple sahaja sesuai untuk dijadikan juadah berbuka puasa, juadah istimewa di pagi lebaran, nak buat makan-makan bersam keluarga di hujung minggu pun boleh.Nasi Minyak Jus Oren ini tidak muak, tak pedas dan sesuai untuk semua peringkat umur.Pendek kata mesra kanak-kanak.

Kebiasaannya kalau masak nasi berperisa, contohnya nasi beriani, nasi tomato atau apa-apa nasi yang 'special' ,saya akan menggunakan minyak sapi, tetapi kali ini saya tak guna minyak sapi.Untuk menumis, saya cuma gunakan vivo golden butteri.Apa yang menariknya, dari pemerhatian saya, selalunya kalau menumis (untuk nasi) saya akan masukkan sedikit minyak masak, untuk elakkan butter/mentega hangus.Istimewanya vivo golden butteri, ianya tak hangus.Lepas butter cair saya terus tumis bahan hiris.Secara jujurnya saya dah stand by minyak masak, untuk tuang sedikit semasa shooting.Rupanya memang tak perlu letak minyak.Agak 'wow' di situ hehe.Lagi satu hasil nasi minyak yang telah siap dimasak juga sangat moist' , lembut dan berderai.Kira berbaloi la guna vivo golden butteri ni bukan sahaja boleh buat pastry, kek, kuih, masak-masak pun boleh.

nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,


nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,
Satu tong besar tu macam-macam saya boleh buat...sangat berbaloi.Kalau nak cuba, boleh beli di kedai bakeri (kedai yang menjual barangan kek) saya tengok kat shoppe pun ada.
nasi minyak, cara masak nasi minyak, resepi nasi minyak sedap dan mudah, nasi minyak jus oren, nasi minyak jus oren malina llina pg, resepi nasi istimewa hari raya, idea nasi hari raya, vivo golden butteri,
nasi minyak jus oren ni, makan kosong macam ni pun dah sedap tau.
Sekarang ni TikTok memang trending, view memang bagus.Untuk video nasi minyak jus oren ni ~47K views dalam masa 5 hari


Nasi Minyak Jus Oren
by malina lina pg http://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
4 cawan beras basmati
4 cawan air
1/2 cawan jus oren (perahan 1 biji buah oren)
1/2 cawan susu cair
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
50g vivo golden butteri (anggaran 1 senduk)

bahan penumis
1 labu bawang holland (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
5 kuntum bunga cengkih
1 kulit kayu manis
1 buah pelaga
1 bunga lawang

bahan lain 
daun pudina
pewarna kuning (jika suka)
gajus
kismis
tomato ceri 
bawang goreng (jika suka)

Cara-Cara
  1. Beras basmati cuci bersih, rendam 30min kemudian toskan.
  2. Tekan butang ON periuk nasi elektrik (rice cooker).Masukkan vivo golden butteri dan biarkan butter cair terlebih dahulu.
  3. Masukkan bahan penumis (rempah 4 sekawan) kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga.Kemudian masukkan hirisan bawang holland dan bawang putih.Tumis sebentar hingga naik bau dan bawang sedikit layu (tak perlu garing).
  4. Masukkan air (sukatan air bergantung kepada jenis beras yang digunakan), susu cair, jus oren, daun pandan, kiub pati ayam nda beras basmati.Kacau sebentar supaya sebati.
  5. Tutup/cover periuk rice cooker dan tunggu hingga rice cooker menjadi KEEP WARM.
  6. Setekah rice cooker KEEP WARM, buka penutup periuk dan titiskan pewarna kuning, letakkan daun pudina (untuk naikkan aroma nasi), gajus dan kismis.
  7. Tutup semula periuk dan biarkan KEEP WARM selama 5min.
  8. Tutup suis rice cooker.Keluarkan daun pudina.Gemburkan nasi dan bolehlah dihidang.
  9. Hias nasi minyak jus oren dengan tomato ceri dan daun pudina.Jika suka boleh tabur bawang goreng.Selamat mencuba.

Monday, February 7, 2022

Resepi Kek Coklat Kukus Sukatan Cawan

 Assalamualaikum...

Hai semua, hari ini saya nak kongsikan satu resepi kek coklat moist yang simple,mudah dan kos bahan pun murah sahaja sesuai bagi mereka yang nak berniaga.Bagi yang mengenali saya, semestinya sudah tahu bahawa saya merupakan seorang home baker yang mengambil tempahan pelbagai jenis kek, cuma sekarang saya sudah tidak aktif lagi berniaga cuma fokus untuk keluarga sahaja.Sebagai seorang baker sudah semestinya saya mempunya koleksi resepi kek coklat yang pelbagai versi, ada yang kukus, bakar ada juga yang menggunakan butter dan ada yang menggunakan minyak sahaja.Penggunaan butter dan minyak dalam pembuatan kek coklat juga memberikan rasa dan tektur kek yang berbeza.

Untuk resepi kali ini saya menggunakan vivo golden butteri untuk membuat kek dan juga topping.Butter yang berkualiti akan menghasilkan kek coklat yang 'rich & moist' Produk berkualiti tidak semestinya terlalu mahal.Asalkan kita pandai mengolah bahan, rasanya akan menjadi sedap.Vivo golden butteri harga mampu milik dengan citarasa mewah dan kualiti yang bagus.

Untuk chocolate ganache atau topping juga kita olah bahan yang sama sahaja.Tanpa perlu menggunakan whipping cream, chocolate compound atau coklat masakan.Sungguh menjimatkan.Resepi ini juga sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak mengambil tempahan kek, untuk jualan bazar atau untuk jamuan makan kerana saya akan tunjukkan cara mengukus dalam cup/bekas kecil.

resepi kek coklat moist sukatan cawan, kek coklat kukus guna cup kecil, cara buat kek coklat kukus untuk berniaga, tips topping coklat sedap dan likat,
Tak lama lagi kita kan menyambut puasa dan hari raya.Elok benarlah kalau yang nak berniaga atau yang membuat biskut raya beli vivo golden butteri kerana selain harga yang sangat berpatutan, ianya juga didatangkan dalam bentuk TONG.Jadi tak perlu simpan dalam peti ais.Beli awal-awal pun tak apa, puasa nanti boleh terus guna.Hujung minggu lepas saya keluar beli barang-barang dapur di pasaraya, mak aih terkejut tengok harga butter yang biasa-biasa pun cecah RM6-7 seketul/sebuku.
Soalan paling famous saya dapat kat TikTok/DM di IG ialah kat mana nak beli vivo golden butteri ni?Cari je kat kedai menjual barangan kek atau boleh juga beli dari shopee.

Resepi Kek Coklat Moist Kukus
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan susu cair
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan vivo golden butteri
  • 1/2 sk baking powder 
  • 1/2 sk baking soda
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanilla
Hiasan
Coklat rice/coklat manik


Topping/chocolate ganache leleh
  • 1/2 cawan serbuk koko (boleh letak lebih kalau suka lebih pekat)
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sb vivo golden butteri
  • 1 sb tepung jagung
Cara-Cara
  1. Ayak tepung gandum bersama serbuk koko, baking powder dan baking soda.Kemudian gaul sebati bahan-bahan kering.Ketepikan sebentar.
  2. Dalam periuk kecil, satukan susu cair, gula pasir, susu pekat manis dan vivo golden butteri (butter).Buka api kecil dan masak hingga semua bahan larut (tak perlu sampai mendidih).Tuang larutan yang dimasak tadi ke dalam mangkuk besar.
  3. Guna mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan esen vanilla.Pukul telur hingga berbuih (tak perlu hingga kembang).Masukkan telur yang dipukul tadi ke dalam mangkuk berisi larutan yang dimasak tadi.
  4. Masukkan tepung yang diayak tadi sedikit demi sedikit sambil diadun hingga licin (tidak berketul-ketul) Jika ada ketulan boleh tapis adunan.Tuang ke dalam bekas/jug yang sesuai.
  5. Sediakan cup kecil dan tuang adunan tadi separuh bekas sahaja kerana adunan akan mengembang dan naik 1x ganda.Boleh juga tuang ke dalam loyang jika ingin membuat kek saiz besar.
  6. Tutup adunan dengan penutup cup tadi, untuk elakkan air menitik ke atas kek.Jika menggunakan loyang, tutup dengan aluminium foil.
  7. Kukus selama 12-15min (hingga masak)menggunakan api sederhana.Pastikan air dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  8. Setelah kek masak, biarkan kek sejuk terlebih dahulu sebelum diletakkan topping coklat.
  9. Cara untuk membuat topping coklat.Satukan semua bahan kecuali tepung jagung.
  10. Masak secara double boil dan kacau hingga semua bahan larut.Masukkan tepung jagung, terus kacau hingga nampak likat.
  11. Penggunaaan vivo golden butteri di bahagian topping untuk naikkan rasa lemak chocolate ganache dan juga menjadikan topping coklat berkilat dan cantik.
  12. Tutup api dan biarkan topping coklat sejuk/suam sedikit.Tuang ke atas kek yang telah siap dikukus.
  13. Tabur coklat rice atau coklat manik untuk hiasan.Sebaiknya simpan kek dalam peti ais selama lebih kurang 4 jam sebelum dinikmati.Kalau nak makan terus pun boleh, terpulang citarasa masing-masing.
  14. Untuk video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah
Note:
Topping coklat versi leleh sesuai untuk kek coklat dalam bentuk cup.

Sunday, February 6, 2022

Crab Rangoon Rangup Resepi Viral

Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, ingatkan semangat update blog tu berterusan la, rupanya separuh jalan je hehe.Resepi crab rangoon ni viral sungguh di TikTok, kita pun ambil kesempatan buat jugaklah.Dari viral meletup kebabom sampai dah suam-suam, baru nak update dalam blog ni.Resepi ni saya buat masa awal tahun lagu, tapi tu la asyik malas nak menaip.

Resepi asal crab rangoon ni menggunakan cream cheese, tengok kuantiti cream cheese dengan bahan lain tu, saya boleh bayangkan rasanya akan muak.Rupanya memang betul tekaan saya, setelah baca banyak komen sedemikan di TikTok saya ambil keputusan untuk olah dan improvise siket resepi crab rangoon ni menggunakan slice cheese walaupun cream memang ada dalam peti ais.Alhamdulillah percaturan saya memang tepat, hasilnya crab rangoon sedap dan tidak muak.

crab rangoon, resepi crab rangoon, crab rangoon rangup, crab rangoon viral, resepi crab rangoon viral di TikTok,
semenjak dua menjak ni view video di YT sangatlah slow, agaknya pakat berjalan atau bz dengan tugasan masing-masing.Tapi Alhamdulillah video Crab Rangoon ni mendapat sambutan, agaknya sebab masa buat video ni tengah panas dan tengah viral hehe

Resepi Crab Rangoon Rangup Dan Sedap
by Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
10 jejari ketam (crab stick) - hiris
1 pokok daun bawang (hiris)
1 ulas bawang putih (cincang/dadu)
2 sb mayonis
1 sb kicap cair
1 sb minyak bijan
5 keping chese
Sedikit cukuprasa
Serbuk lada sulah
Kulit wantan secukupnya
Minyak untuk menggoreng
Air

Cara-Cara
  1. Sediakan mangkuk, satukan crabstick, daun bawang, bawang putih, mayonis, kicap cair, minyak bijan, cukuprasa, dan slice chese.Gaul rata.Inti crab rangoon siap.Ketepikan sebentar.
  2. Ambil sekeping kulit wantan (lina pg guna yang 4 segi) letakkan inti di bahagian tengah, sapu sedikit air di bahagian tepi kulit wantan (air bertindak sebagai gam).
  3. Balut ikut kreativiti masing-masing.Ulang proses hingga inti habis.
  4. Panaskan minyak, goreng menggunakan api sederhana.Angkat dan toskan.
  5. Crab Rangoon enak dimakan bersama sos cili/sos Thai.Selamat mencuba.Video tutorial, sila klik paparan berikut atau ke YouTuba Malina Lina Pg