Kek Puding Roti Karamel

By LiNa_Pg - Tuesday, June 26, 2012

Assalamualaikum...
Terasa lama sangat tak membaking, entah napelah mood membaking makin merudum.kalau memuding tu ada gaklah mood sekali sekala mai hehehe.Kira kali ni wat dessert 2 in 1, Puding dan kek.Kek karamel ni mmg cukup femes seantero maya ni.Ramai yang wat bisnes ngan kek ni.kali ni wat versi sedikit menderhaka (tanpa niat sebenarnya)Memandangkan stok telur tak banyak tapi nak karamel tu tebal sket.Saya cilok resepi Puding Roti Karamel kak rosaliza dengan sedikit olahan dapatlah karamel yg tebal.Baru puas makan
ada yang teringin tak???

RESEPI KEK PUDING ROTI KARAMEL
By : Munira 
sumber I: kak rosaliza
sumber II: linapg

BAHAN - BAHAN

BAHAN A (Gula Hangus)
  • 2 sudu besar gula
CARA-CARA:
  1. Tabur gula ke dalam loyang dan masak atas api yg kecil hingga gula bertukar perang (ketepikan)
BAHAN B ( Puding Roti Karamel) 
  • 2 sudu besar susu pekat manis 
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji kuning telur + 1 biji telur
  • 3 keping roti
  • 1 sk esen vanila 
 CARA - CARA:
  1. Satukan susu cair, susu pekat manis dan air.Rendam roti ke dalam bahan tersebut sambil carik2kan roti.
  2. Masukkan esen vanila. Blend halus bahan2 tersebut.
  3. Pukul telur (pukul manja2 jer) jangan sampai berbuih.Masukkan ke dalam bahan blend
  4. Tapiskan adunan ke dalam loyang BAHAN A ( Gula Hangus ) 
BAHAN C ( KEK ) Linapg gn sukatan cawan arcopal)
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 3 biji kuning telur
  • 1 cawan air
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
CARA - CARA:
  1. Ayak tepung gandum bersama baking powder
  2. Pukul kuning telur bersama gula hingga nampak berkrim.
  3. Masukkan air dan minyak, pukul lagi hingga sebati
  4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit demi adunan sebati.

BAHAN D
(Meringue)
  • 6 biji putih telur
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 sk cream of tartar
CARA - CARA:
  1. Satukan semua bahan, pukul hingga betul2 kembang (bila terbalikkan mangkuk adunan tak tumpah).
  2. Satukan BAHAN C ke dalam BAHAN D secara kaup balik
  3. Bahagikan adunan ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut warna kegemaran masing2.
  4. Sendukkan ke dalam loyang yang berisi karamel.Marblekan warna berselang seli hingga adunan habis.
  5. Bakar secara double boil (Letak air panas panas ke dalam loyang)pastu letakkan loyang kek ke dalam bekas air panas tu.
  6. bakar selama 1jam suhu 150 darjah celcius (api bawah sahaja) .
  7. Bila masak, biarkan kek di dalam oven dengan membuka sedikit pintu oven.Kek akan nampak kang dari loyang.
  8. Terbalikkan kek, biarkan sejuk.Dan simpan dalam esbok

  • Share:

You Might Also Like

24 comments

  1. sudah tentu terliur lina....lagi2 kalau dapat yg sejuk...rasa sangat rugi kalau dapat sikit..hihii

    ReplyDelete
  2. Ucu Faridah> betul tu rasa xpuas mkn kalau 'kepala' tu sket sgt kan?

    ReplyDelete
  3. assalam cantiknya kejadian n kaler kek puding tu, sedap n nyaman terasa. akk pun ada juga kaler ijau n biru, tp kureng menarik pulak. ini nmpk sangat gebusss n gebasss je kek n puding tu. eh ada lagi ke sekerat dua lam peti es tu

    ReplyDelete
  4. kak rosa> wslm..ada lagi sket dalam esbok, nisa soh simpan kat dia blik sekolah nnt hehehe..kalau tidak mmg dah diselesaikan oleh si abang

    ReplyDelete
  5. salam lina...sedapnya dan cantik, satu kelainan karamel mengunakan roti.

    ReplyDelete
  6. Cantik betul kejadiannya tu Lina... pandai buat ye, Amie belum pernah buat lagi...

    ReplyDelete
  7. Norhayati> wslm, dapat tebal sket karamel tu bila boh roti..

    ReplyDelete
  8. Amie> thanks..tak lah pndai mana pun..anak2 suke kek ni,tu yg rajin buat

    ReplyDelete
  9. Salam Lina.Cantiknya kek karamel ni...ceria dan molek jadi jalurnya.bhg puding letak roti....satu kelainan, pasti sedap mkn yg dingin
    re;air perigi itu tak digunakan, hanya utk tengok...sayang tak da org yg bersihkan...

    ReplyDelete
  10. Salam Lina.Cantiknya kek karamel ni...ceria dan molek jadi jalurnya.bhg puding letak roti....satu kelainan, pasti sedap mkn yg dingin
    re;air perigi itu tak digunakan, hanya utk tengok...sayang tak da org yg bersihkan...

    ReplyDelete
  11. mamasya> wslm, kaler cam eskrim paddle pop gitew hahaha.btw thanks ya

    oic..perigi tu xleh digunakan, sayang tul

    ReplyDelete
  12. assalam Lina
    cantik belang2 keknya, karemel pun tebal tu yg sedap kan
    ramai suka kek ni,termasuk akak tp selalu watkan org punya je he he

    ReplyDelete
  13. mama sara> wslm,wat utk tempahan je ke?nape tak makan kek ni..ni mesti kes tak suka tang karamel tu

    ReplyDelete
  14. Assallamualaikum kak Lina.

    Sihat ke kak? Maisarah aka sihat? Cantik kejadian kek akak..

    ReplyDelete
  15. Salam Lina..cantiknya lapisan & kalernya sungguh mengoda!

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum Lina..sayang nak mkn pulak sbb dah cantik sgt rupa dia..akak bagi markah puding kek karamel ni 120% sbb sgt2 perfect..dah salin resepinya, tunggu hujung minggu ni hrp2 dpt la merasa..:)

    ReplyDelete
  17. As salam Lina. Salam kenal. Cantik sungguh kejadiannya. Tebal jer karamel tu. jom lawat dapur kitandi Azie Kitchen and exchange link

    ReplyDelete
  18. Salam sis..I nk tanya buat loyang size apa yg harus I pakai utk kek ini ya..thks..

    ReplyDelete
  19. Salam, guna telur gred apa ya nk buat kek ni, tq

    ReplyDelete
  20. Salam, guna telur gred apa ya nk buat kek ni, tq

    ReplyDelete
  21. memang terliur kita dah lah tengah puasa .....nak try gak buat sekali

    ReplyDelete