Assalamualaikum...
Hai semua kembali bersiaran di bulan Mei, masih belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat semua pembaca blog.Masih dalam mood raya kan hehe.Okey hari ini saya nak share idea untuk open house atau kalau ada tetamu yang datang tiba-tiba nak beraya ke rumah.Kita buat sesuatu yang mudah janji kenyang.Resepi nasi daging ekspress pernah viral suatu ketika dulu, tapi sebenarnya saya pernah buat nasi berperisa (guna lauk dalam tin ni pada tahun 2017)tapi masa tu resepi ni tak viral dan TikTok pun masih belum wujud.Resepi ala-ala nasi beriani tu saya buat menggunakan kari ayam Yeo's tapi sayangnya campaign ramadan/raya pada tahun 2017 menggunakan lauk tin untuk nasi lemak 😂.Boleh tengok kat SINI resepi nasi kari ayam ekspress tu.
Berbalik kepada nasi daging ekpress pula saya menggunakan 2 tin makanan dalam tin adabi (payung free sahaja sebab bukan tajaan huhu) iaitu kurma kambing dan sup tulang.Kalau nak guna kari/rendang pun boleh juga tapi jadikan sebagai nasi beriani.Kalau makanan tin yang berwarna kelabu asap (kurma/sup)jadikan sebagai nasi daging.Gitulah sifirnya.
- Beras basmati dicuci bersih dan rendam selama 30min, kemudian toskan.Jika menggunakan beras wangi atau beras biasa, tak perlu rendam, cukup sekadar basuh dan toskan sahaja (macam masak nasi biasa)
- Asingkan lauk dan kuah (makanan dalam tin)sukat kuantiti kuah tersebut.Jadikan 1 cawan penuh.Ketepikan.
- Panaskan minyak bersama mentega, tumis daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan hirisan bawang besar.Tumis hingga bawang sedikit layu (tak perlu garing)
- Masukkan rempah kurma, tumis hingga pecah minyak.Masukkan beras basmati, tumis bersama bahan tumisan.
- Masukkan kuah (yang diasingkan tadi),air secukupnya bergantung kepada jenis beras,susu cair dan kiub ayam.Kacau sebentar, kemudian masukkan isi/lauk (dari tin).Kacau sebati dan biarkan nasi kering.Jangan lupa kacau sekali sekala untuk elakkan hangus/berkerak di dasar periuk.
- Apabila nasi kering, kecilkan api, letakkan daun pudina dan tutup periuk, biarkan nasi betul-betul masak (anggaran 8-10min)
- Setelah nasi masak, keluarkan daun pudina dan gembur-gemburkan nasi.
- Bancuh asam jawa bersama dengan air, dan tuangkan ke dalam mangkuk berisi belacan bakar.Ramas/hancurkan belacan bersama air asam.
- Masukkan hirisan bawang merah, hirisan tomato,cili padi dan kerisik.Gaul sebati.Perasakan dengan garam dan perasa.Dah siap.