Thursday, March 26, 2020

Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah | Kuih Pulut Serikaya Mudah Dan Sedap (Sukatan Cawan)

Assalamualaikum....
Hai semua...saya harap semua follower blog TMK dalam keadaan yang baik,pastikan korang patuh dengan arahan kerajaan Malaysia tau STAY AT HOME yang berada di kampung balik semasa cuti persekolahan kekal di kampung ya dan jaga kesihatan.
Okey untuk resepi kali ini saya nak kongsikan resepi kuih seri muka gula merah walaupun pada hakikatnya saya guna gula nipah hahaa..kuih seri muka ni juga dikenali sebagai talam ketan gula merah.Kalau di Terengganu dipanggil Tok Aji Serban.Kuihnya hampir sama cuma rupanya sedikit berbeza sebab bahagian atas bergelombang dan berpusar seperti serban yang dipakai oleh pak haji.Kira sepupu sepapat dia la tu.
Resepi Kuih srimuka ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Dah lama upload ni, macam biasalah tak sempat nak update kat blog.Alang alang bercuti panjanggggg ni,saya ambil kesempatan la update yang mana sempat.Kalau korang nak cari idea masak, boleh terus ke youtube ok

KUIH PULUT SERIKAYA | KUIH SERI MUKA GULA MERAH
By Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Lapisan Atas)
1 cawan air*
1 ketul gula nipah (120g)*
2 sb gula pasir*
2 helai daun pandan*
1 cawan santan pekat*
1+1/2 cawan santan pekat
4 biji telur
1 cawan tepung gandum

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan bertanda*dan masak hingga gula larut.Tapiskan.Sejukkan sebentar
  2. Satukan air gula nipah (langkah 1) santan,telur dan tepung gandu ke bekas besar dan kacau rata.Kalau nak senang masuk ke dalam blender,kisar kemudian tapiskan.
  3. Tuang ke dalam periuk, masak sebentar hingga naik wap.
  4. Kemudian tuang ke atas lapisan pulut
Bahan B (Lapisan Bawah)
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sb minyak
Sedikit garam
2 helai daun pandan


Cara-Cara
  1. Beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 2 jam.Kemudian toskan.
  2. Sediakan loyang 8x8 in alas dengan plastik kalau tak ada plastik, sapu loyang dengan sedikit minyak.
  3. Satukan santan,air,garam dan minyak.Kacau sebentar supaya garam larut.
  4. Masukkan beras pulut ke dalam loyang dan masukkan daun pandan.
  5. Tung adunan santan tadi.Sukatan santan mestilah lebih sedikit sahaja dari paras beras pulut.
  6. Kukus selama 25minit.Pastikan air pengukus mendidih terlebih dahulu.
  7. Setelah pulut masak, gemburkan pulut kemudian tekan padat
  8. Cakar/kelar sedikit bahagian atas pulut supaya lapisan kastad dapat melekat dengan kemas.
  9. Tuang lapisan atas (bahan A) dan kukus semula selama 25min (atau hingga masak)guna api sederhana sahaja.Kalau nak kuih cantik, tutup loyang dengan aluminium foil.
  10. Biarkan kuih sejuk sebelum dipotong.Potong menggunakan pisau plastik supaya potongan kemas dan cantik.
  11. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila tekan butang PLAY paparan di bawah

Kuih ni sangat mudah dan cepat.Siap dalam masa tak sampai 1 jam.Tidak termasuk proses merendam beras pulut.
Resepi pulut serikaya paling senang, hanya guna sejenis tepung sahaja iaitu tepung gandum

Tuesday, March 24, 2020

Resepi Sambal Cuka | Sambal Jate | Sambal Nasi Berlauk Kelantan

Assalamualaikum....
Hai apa khabar semua, sekarang ni negara kita dilanda wabak covid19 saya harap semua follower blog TMK mematuhi arahan PM kita supaya STAY AT HOME.Jaga kebersihan dan jaga kesihatan, stay calm dan stay safe semua.
Bersiaran di pagi Selasa mencari kelapangan untuk update blog dengan n3 yang masih tertangguh.
Kalau korang nak cari idea masak2, boleh terus ke YT Lina Pg.InsyaaAllah kat sana ada video terbaru setiap minggu dan hari ini jam 4pm ada video terbaru.
Okey untuk resepi kali ini, saya nak kongsikan resepi sambal jate atau sambal cuka.Sambal cuka ni sangat terkenal di negeri Kelantan, selalunya dipadankan bersama nasi berlauk, nasi kerabu,laksam dan sinonim juga disediakan di majlis kenduri kendara.Bagi yang tak ada peti ais, sambal lada ni bertahan agak lama di luar peti ais, kalau simpan dalam peti ais lagi lamaaaaaaa la itupun kalau tak makan la.Lagi best sambal jate ni semakin lama semakin sedap tau.Sambal ni saya makan bersama dengan ayam goreng kunyit.Boleh refer resepi di posting sebelumnya.
Jom kita semak resepi sambal jate ni.
Sambal ni kalau makan dengan nasi goreng,bihun goreng memang layan habis ni.

RESEPI SAMBAL JATE 
By Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
  • 1 labu bawang holland
  • 5 biji limau kasturi (buang biji-kisar sekali dengan kulit)
  • 5 biji cili merah
  • 25 biji cili padi merah
  • 1/2 cawan cuka
  • Gula secukupnya 
  • Garam
  • Perasa
Cara-Cara
  1. Satukan bawang besar,cili,limau kasturi dan cuka ke dalam blender.Kisar kasar sahaja.
  2. Masukkan bahan kisar ke dalam mangkuk.
  3. Masukkan gula (gula kena agak banyak),garam dan perasa.Seimbangkan rasa masam,pedas,masin dan manis.
  4. Simpan dalam bekas.Sambal jate siap.
  5. Untuk video tutorial sila klik paparan berikut
Untuk paparan lebih jelas


Thursday, March 12, 2020

Ayam Goreng Kunyit | Resepi Ayam Goreng Kunyit Ala Thai

Assalamualaikum...
Hai semua dah ada idea nak masak tengahari ke tu?Kalau dalam peti ais ada banyak isi ayam atau dada ayam, bolehlah buat ayam goreng kunyit.Senang cerita ada lauk dan sayuran sekali.Buat sup kosong tambah teloq mata dan sedikit sambal kira setel dah menu lunch.
Ayam goreng kunyit ni simple jer tapi kalau tak kena cara,ayam rasa keras dan kering, memang potong selera la kan?Kalau kita makan kat restoren thai memang sedap rangup di luar tapi bahagian dalam masih lembut dan berjus.Tektur macam tu la yang sedap.
Okey untuk resepi ayam goreng kunyit ni saya sediakan video tutorial dah agak lama saya post kat YT sana, macam biasalah cuma nak buat n3 kat blog ni jer amek masa siket.
Ayam goreng kunyit sangat simple..lengkap dengan sayuran.Saya suka sayuran yang masih crunchy macam ni.Kalau dah layu sangat tu kureng siket
Set lengkap ayam goreng kunyit, teloq mata (tak berapa cun pulak)sambal jate dan sup kosong.Simple jer tapi cukup berselera.Sesuai untuk anak2 bujang

RESEPI AYAM GORENG KUNYIT
By Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Bahan A (Ayam) 
3 ketul dada ayam (dadu kecil) 
1 sk serbuk kari ayam 
1 sk serbuk cili 
2 ulas bawang putih tumbuk halus 
Garam dan kunyit 
Sedikit serbuk pati ayam 
1-2 sb tepung beras 
Sedikit air sejuk 

Cara-Cara 
  1. Satukan semua dan perap selama 30min. 
  2. Goreng secara deep fry.Angkat dan ketepikan sebentar.
  3. Keluarkan lebihan minyak,tinggal sekadar untuk menumis

Bahan B (Sayur) 
2 ulas bawang putih tumbuk kasar 
1/2 labu bawang holland 
Bunga kobis Karot (anggaran setengah batang) 
Kacang buncis/kacang panjang 
Cili merah/cili padi 
Sedikit serbuk pati ayam
serbuk kunyit

Cara-Cara
  1. Tumis bawang putih,bawang besar dan masukkan bunga kobis,karot,kacang buncis.
  2. Masukkan sedikit serbuk kunyit
  3. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi.Kacau rata.
  4. Kalau kurang masin,masukkan sedikit garam/serbuk cukuprasa dan tabur hirisan cili merah/cili hijau.
  5. Ayam goreng kunyit siap.Sedia dihidang bersama sup kosong,sambal dan telur mata.
  6. Untuk video tutorial, sila tonton video youtube lina pg

Monday, March 2, 2020

Kuih Seri Muka Pandan Paling Sedap Tips Supaya Permukaan Licin

Assalamualaikum...
Sedap tak sedar dah masuk bulan Mac 2020.Ya Allah tahun ni siket update blog.Bulan Januari 1 n3, bulan Feb juga cuma 1 posting.Sekarang masuk bulan Mac saya berusaha untuk update lagi.Punya banyak posting yang tertangguh.Nak cari idea masak boleh terus ke Youtube ok.Kat sana insyaaAllah seminggu sekali saya akan upload video terbaru.
Okey berbalik kepada Kuih Serimuka ni, sebenarnay kuih pulut serikaya ni saya buat bulan Disember tahun lepas lagi.Masa ni drama Cindai pun belum tayang kat TV3.Sampai dah tamat la drama Cindai tu tapi resepi kuih serimuka ni buat2 posting kat blog ni.Sempena bulan kelahiran ni, saya cuba kuatkan semangat habiskan buat posting resepi2 yang terbengkalai.
Kalau sebelum ni saya buat resepi kuih seri muka sukatan cawan.Kali ini saya buat resepi kuih srimuka sukatan gram pulak.Kalau mengikut cara saya, saya lebih suka guna cawan jer.Lebih senang, kadang malas nak keluarkan penimbang bagai.Tapi jangan risau saya ada buat satu lagi versi resepi kuih seri kaya ni guna gula nipah.Bahagian atasnay warna koko tu.Yang ni pun ada video kat youtube, entah bila nak masuk kat blog ni tak tahulah.Banyakkkkkk sangat resepi yang tengah Q.
 Kuih seri muka agak simple, bahagian atas saya cuma guna tepung gandum sahaja.
Alhamdulillah sesedap rasa.Cukup lemak dan manisnya yang sedang2 jer

KUIH SERI MUKA PANDAN (8x8in)
By Malina lina pg (https://linapg.blogspot.com/)
Bahagian B (Pulut) 
350g beras pulut | ketan (cuci rendam dan toskan) 
400ml santan cair | santan encer 
Sedikit garam 
1sb minyak masak 
2 helai daun pandan 

Bahagian A
300ml santan pekat 
150g gula 
150ml jus pandan (10 helai daun pandan+air) 
4 biji telur 
100g tepung gandum | tepung terigu 
Sedikit garam

Cara-Cara
  1. Beras pulut dicuci bersih dan direndam selama lebih kurang 3-4jam.Kemudian toskan.
  2. Satukan santan, garam dan minyak masak.Kacau hingga garam larut.
  3. Masukkan beras pulut dan daun pandan ke dalam loyang yang dialas dengan plastik.
  4. Tuangkan campuran santan tadi.
  5. Kukus selama lebih kurang 25-30min.Pastikan air dalam pengukus mendidih terlebih dahulu sebelum mula mengukus.
  6. Sementara menunggu pulut masak, kita siapkan bahan untuk lapisan atas.
  7. Satukan semua bahan A ke dalam mangkuk besar dan kacau sebati.Kemudian tapiskan.Kalau nak senang boleh blend semua bahan.
  8. Masak sekejap bahan A hingga naik wap.Ketepikan sebentar.
  9. Apabila pulut masak, keluarkan daun pandan dan tekan padat pulut kemudian tuang lapisan atas dengan cermat.Kalau ada gelembung udara, cedok keluar atau pecahkan gelembung2 tersebut.
  10. Tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik ke atas kuih.
  11. Kukus selama lebih kurang 25-30min (api sederhana)
  12. Setelah kuih masak, pastikan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.
  13. Selamat Mencuba.Untuk menonton video tutorial, sila klik butang PLAY paparan di bawah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...