Resepi Kuih Seri Muka Gula Merah | Kuih Pulut Serikaya Mudah Dan Sedap (Sukatan Cawan)

By LiNa_Pg - Thursday, March 26, 2020

Assalamualaikum....
Hai semua...saya harap semua follower blog TMK dalam keadaan yang baik,pastikan korang patuh dengan arahan kerajaan Malaysia tau STAY AT HOME yang berada di kampung balik semasa cuti persekolahan kekal di kampung ya dan jaga kesihatan.
Okey untuk resepi kali ini saya nak kongsikan resepi kuih seri muka gula merah walaupun pada hakikatnya saya guna gula nipah hahaa..kuih seri muka ni juga dikenali sebagai talam ketan gula merah.Kalau di Terengganu dipanggil Tok Aji Serban.Kuihnya hampir sama cuma rupanya sedikit berbeza sebab bahagian atas bergelombang dan berpusar seperti serban yang dipakai oleh pak haji.Kira sepupu sepapat dia la tu.
Resepi Kuih srimuka ni saya sediakan video tutorial di youtube sana.Dah lama upload ni, macam biasalah tak sempat nak update kat blog.Alang alang bercuti panjanggggg ni,saya ambil kesempatan la update yang mana sempat.Kalau korang nak cari idea masak, boleh terus ke youtube ok


KUIH PULUT SERIKAYA | KUIH SERI MUKA GULA MERAH
By Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Lapisan Atas)
1 cawan air*
1 ketul gula nipah (120g)*
2 sb gula pasir*
2 helai daun pandan*
1 cawan santan pekat*
1+1/2 cawan santan pekat
4 biji telur
1 cawan tepung gandum

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan bertanda*dan masak hingga gula larut.Tapiskan.Sejukkan sebentar
  2. Satukan air gula nipah (langkah 1) santan,telur dan tepung gandu ke bekas besar dan kacau rata.Kalau nak senang masuk ke dalam blender,kisar kemudian tapiskan.
  3. Tuang ke dalam periuk, masak sebentar hingga naik wap.
  4. Kemudian tuang ke atas lapisan pulut
Bahan B (Lapisan Bawah)
2 cawan beras pulut
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 sb minyak
Sedikit garam
2 helai daun pandan


Cara-Cara
  1. Beras pulut dicuci bersih dan rendam selama 2 jam.Kemudian toskan.
  2. Sediakan loyang 8x8 in alas dengan plastik kalau tak ada plastik, sapu loyang dengan sedikit minyak.
  3. Satukan santan,air,garam dan minyak.Kacau sebentar supaya garam larut.
  4. Masukkan beras pulut ke dalam loyang dan masukkan daun pandan.
  5. Tung adunan santan tadi.Sukatan santan mestilah lebih sedikit sahaja dari paras beras pulut.
  6. Kukus selama 25minit.Pastikan air pengukus mendidih terlebih dahulu.
  7. Setelah pulut masak, gemburkan pulut kemudian tekan padat
  8. Cakar/kelar sedikit bahagian atas pulut supaya lapisan kastad dapat melekat dengan kemas.
  9. Tuang lapisan atas (bahan A) dan kukus semula selama 25min (atau hingga masak)guna api sederhana sahaja.Kalau nak kuih cantik, tutup loyang dengan aluminium foil.
  10. Biarkan kuih sejuk sebelum dipotong.Potong menggunakan pisau plastik supaya potongan kemas dan cantik.
  11. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila tekan butang PLAY paparan di bawah

Kuih ni sangat mudah dan cepat.Siap dalam masa tak sampai 1 jam.Tidak termasuk proses merendam beras pulut.
Resepi pulut serikaya paling senang, hanya guna sejenis tepung sahaja iaitu tepung gandum

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Assalam Lina.
    Apa khabar musim PKP ni? Moga sihat-sihat saha bersama keluarga.
    Teringin saya nak makan seri muka gula merah, tapi tak terbuat juga. Tumpang jamu mata di sinilah ye.

    ReplyDelete
  2. Insyallah saya coba, nampak sedapp. Terimakasih atas pengkongsian

    ReplyDelete