Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang.Asyik tenggelama timbul jer kan?Sekarang ni saya lebih banyak di youtube, saya sentiasa update video terbaru kat sana.Kalau nak cari idea terus sahaja ke youtube lina pg okey.
So,hari ini saya nak kongsikan resepi agar agar yang sangat sedap iaitu Agar Agarr Coklat...agar agar ni lebih kepada rasa puding la jugak.Rasanya lemak lemak manis kerana saya menggunakan sedikit santan serbuk.Sesuai dimakan time cuaca panas sekarang ni.Kalau nak masuk list untuk juadah berbuka puasa pun sesuai.Kalau tak ada santan serbuk boleh ganti dengan susu tepung.
Tanpa buang masa,jom kita semak resepi.
sedap sangat u olls harus cuba ni
RESEPI AGAR AGAR COKLAT
By Malina Lina Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
10g agar agar serbuk
4 1/2 cawan air
2 sb santan serbuk
1 cawan gula pasir
1/2 cawan serbuk koko
4 sb tepung jagung
2sb mentega
1/2 sk garam
1/2 esen vanilla
Cara-Cara
- Dalam periuk, satukan semua bahan kecuali mentega.Kacau/gaul rata terlebih dahulu, baru buka api.
- Masak hingga hampir mendidih (hingga buih kecil kelihatan di tepi periuk)
- Masukkan mentega (mentega menjadikan agar agar lebih terasa lemak, berkilat dan rasa lebih sedap)Kacau sebentar hingga mentega larut.Tutup api.
- Tuang ke dalam loyan/acuan.Biarkan sejuk dan sedia dihidang.
- Mudahkan sahaja kan.Untuk lebih jelas, sila layari video tutorial di youtube Lina Pg
2 comments
Assalamualaikum kak.. saya tika dari kajang. ibu abah saya kat kampung bagan datoh teringin kek buah kukus air tangan saya. Selalunya raya memang saya bawa balik sebiji. Tapi disebabkan PKP sekarang, saya kenalah pos. Saya tak pernah pos kek lagi. Jadi cuba saya google, saya terjumpa blog akak.
ReplyDeleteSaya nak minta pendapat kalau akak sudi berkongsi.. Kotak macam mana ye yang sesuai digunakan untuk pos? Bekas kek perlu bubble wrap ke?
Saya dulukan dgn terima kasih.
wah banyak nya resepi kak Malina
ReplyDelete