Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan puasa.Suasana yang sangat berbeza untuk Ramadan tahun ini.Pada tahun ini tercipta sejarah bila mana bazar ramadan dibatalkan.So, kaum ibu kenalah sediakan sendiri juadah berbuka dan bersahur untuk keluarga tersayang.InsyaaAllah saya akan cuba update blog dan berkongsi idea semoga dapat memberi inspirasi kepada kawan2 di luar sana.
Owh ya sebelum tu saya nak berkongsi berita gembira, Alhamdulillah youtube channel lina pg sudah mencecah 50K subscriber dan saya mengadakan giveaway di youtube.Boleh baca di video Nasi Beriani.
Okey untuk hari ini saya nak kongsikan resepi maggi goreng basah yang sangat simple.Video ni mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan ramai yang telah mencubanya.Pada awalnya saya cuma share gambar di community youtube saja bagi idea untuk sarapan, resepi pun tersangat simple, malas la nak buat video atau taip resepi.Tapi bila ada follower yang request resepi katanya nampak sedap.Saya pun buatlah video dalam hati ada ke yang nak tengok video simple2 ni.Tapi tak apalah anak2 saya suka makan maggi goreng ni...nanti bolehkah dorang refer video mamanya kalau nak buat sendiri.Rupanya tekaan saya meleset sama sekali, video maggi goreng mendapat 100K view.Ramai peminat maggi rupanya hehee..
Okeylah dah panang membebel...jom kita semak resepi
- Didihkan air, setelah mendidih tutup api.Masukkan maggi dan biarkan selama 2-3min (agak2 maggi lembut jer)
- Keluarkan dan lalu di bawah air paip mengalir (untuk hentikan cooking proses)dan maggi tidak terlalu lembek.Toskan
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing.
- Masukkan isi ayam dan kacau sebentar.
- Masukkan perencah maggi (Lina Pg guna 2 sachet sahaja).Kacau rata ayam dan perencah tadi.
- Masukkan sos tiram dan kicap manis.Masukkan juga bahagian batang sayur sawi.Gaul sebentar.
- Masukkan air dan biarkan mendidih terlebih dahulu.
- Setelah mendidih,masukkan maggi yang telah dicelur tadi.
- Masukkan sayur sawi (bahagian daun) dan gaul rata.
- Setelah sebati dan sawi sedikit layu, tutup api.
- Tabur daun kucai, hirisan cili.Maggi goreng basah sedia dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial, klik paparan di bawah.
0 comments