Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama dapur maya ini ditinggalkan.Rindu juga dengan dapur nan satu ini tetapi selalunya puan blog ketandusan idea untuk menulis.Resepi-resepi masih banyak tertangguh yang belum sempat di upload ke dapur TMK ini.Mujur jugaklah resepinya ada di YouTube jadi tak lupa bahan apa yang dimasukkan ke dalam masakan tersebut.
Okeylah sempena seisi panaskan dapur, kita mulakan dengan resepi minum petang yang ringkas dan sangat mudah, bahan pun tak banyak yang penting sedap dan dapat dinikmati seisi keluarga.Cucur kelapa parut ini sangat rangup di bahagian luar dan lembut di bahagian dalam.Kalau suka makan cicah dengan sambal ikan bilis boleh juga gandingkan bersama.Saya cuma makan begitu sahaja bersama teh O panas.Rasanya yang lemak-lemak dan manis yang sedang-sedang sahaja sesuai dijadikan kudapan minum petang.
2 sb gula pasir
- Satukan kelapa parut, tepung gandum, garam, gula dan baking powder.Gaul rata semua bahan ini.
- Kemudian masukkan santan pekat sambil adun.Kalau tak ada santan pekat boleh skip sahaja tetapi lebihkan sedikit sukatan air.
- Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit sambil adun dan dapatkan adunan yang agak kental.
- Kemudian masukkan marjerin.Marjerin adalah bahan penting yang menjadikan tektur luaran cucur kelapa ini menjadi rangup dan kekal rangup walaupun dah sejuk.Gaul rata dan perap selama 10-15min.Supaya baking powder dapat bertindak balas untuk menggebukan dan melembutkan cucur.
- Panaskan minyak, kemudian goreng cucur.Untuk membentuk cucur supaya menjadi bulat saya menggunakan jari sahaja.Celup hujung jari ke dalam air supaya adunan tidak melekat pada jari.
- Kemudian kita jemput/ambil sedikit adunan menggunakan hujung jari dan tolak menggunakan ibu jari ke dalam minyak.Boleh refer di video YouTube
- Goreng hingga cucur bertukar warna kuning keemasan.Angkat dan toskan.Cucur kelapa parut sedia dinikmati.
0 comments