Assalamualaikum...
Selalunya kalau ke Padang Besar (Perlis) atau balik kampung, saya akan beli gajus yang siap bakar/panggang.Gajus ini asal nampak je mesti beli, kadang-kadang makan gitu aje sebagai snek.Kalau dahulu saya agak rajin juha buat nasi berperisa tetapi sekarang tak tahulah kenapa jadi tak begitu rajin, asyik makan nasi putih je kecuali masa raya je la ada nasi berperisa.Memandangkan stok gajus sentiasa ada dalam peti ais kang ulang makan buat snek habis begitu sahaja, jadi saya buatlah ayam gajus.Resepi ayam gajus memang sangat cepat.Tambahan pulak kalau bahagian dada ayam atau bahagian isi memang agak kurang laku kat rumah ini kalau masuk ke dalam masakan lauk pauk.Anak-anak akan pilih bahagian kepak, paha dan sebagainya.Sudahnya bahagian dada jadi habuan abah atau mama je la.Bila buat lauk sampingan guna dada ayam potong kecik-kecik laku pulak, semua pakat makan.
Okeylah bagi mama, umi, mak-mak yang sedang mencari idea untuk masakan lunch hari ini bolehlah cuba resepi ayam gajus atau kung poa chicken.Sangat mudah dan sedap.Hurmmm kalau tak ada gajus macam mana?Kenalah pergi beli, kalau nak skip pun boleh tapi jadi ayam kicap je sebab tak ada gajus haha.
- Perasakan ayam dengan garam,serbuk kunyit dan sedikit tepung jagung.Gaul rata dan ketepikan sebentar.
- Kita sediakan bahan sos, campurkan semua bahan B dan gaul sebati.Ketepikan sebentar.
- Panaskan minyak, goreng dada ayam dan gaul merata supaya ayam masak dengan sekata.
- Setelah ayam masak kita tolak ayam ketepi sedikit, dan cedok keluar lebihan minyak.Tinggal sedikit untuk menumis.
- Masukkan bawang putih, tumis sekejap hingga terbit bau.Kemudian masukkan cili kering tumis hingga garing.
- Seterusnya masukkan bawang besar dan gaulkan semua bahan bersama dengan ayam.Kemudian masukkan bahan sos dan gaul rata.
- Masukkan gajus, hirisan cili merah dan daun bawang.Kacau sebentar.Dah siap ayam gajus.Selamat Mencuba!
1 comments
Terima kasih kongsi resepi :)
ReplyDelete