resepi telur masak kicap viral lauk sahur paling mantap dan boleh bertambah nasi
Assalamualaikum...
Hai semua, kalau dah buntu dan tak ada selera nak makan lauk pauk yang banyak berhidang, apa kata kita beralih kepada sesuatu yang simple dan pasti menyelerakan.Lauk ini juga sesuai bagi adik-adik bujang yang lelaki, kalau yang perempuan tu mestilah lebih pandai memasak.Resepi telur kicap ni sangat cepat dan sedap sangat dimakan dengan nasi panas.Alhamdulillah sangat mendapat sambutan di IG (818K views) sementara di TikTok pula 102K, di YouTube macam biasalah slow siket tapi okeylah belasan ribu tontonan jugaklah setakat hari ini 26hb March 2023.Walaupun simple tapi ramai yang suka terutama adik-adik bujang dan ramai juga yang request resepi campak-campak macam ni senang nak tiru katanya.InsyaaAllah kalau saya ada masa, saya cuba buat resepi ringkas macam ni lagi.
- Panaskan minyak, kuantiti minyak kena guna agak banyak juga untuk elakkan telur melekat dan juga kicap hangus semasa menggoreng.
- Goreng hirisan bawang merah hingga sedikit layu (tak perlu garing sangat).
- Pecahkan telur satu persatu ke dalam kuali.Kedudukan telur biar terasing antara satu sama lain.Senang nak ambil sorang satu 😉.
- Biarkan sekejap hingga telur nampak beku/set sedikit, kemudian taburkan hirisan cili padi dan cili merah.
- Letakkan sedikit mushroom seasoning/cukuprasa atau apa sahaja supaya telur tak rasa kosong sangat.
- Renjis kicap lemak manis ke atas telur, sos cili (lina pg sos cili McD jer), akhir sekali perahkan jus limau kasturi ke atas telur.
- Tutup api dan tapiskan minyak.Telur kicap sedia dinikmati.Selamat mencuba.
1 comments
Masak campak-campak tu yang sedap Lina.
ReplyDelete