Mee

Mee Goreng Sardin Enak Tak Terkata Mudah Pulak Tu

By LiNa_Pg - Thursday, March 23, 2023

Assalamualaikum...

Selamat menyambut ramadan mubarak buat semua pembaca blog TMK.Dah ada idea untuk masak juadah berbuka atau bersahur nanti?Kalau belum ada idea, boleh masukkan resepi mi goreng sardin ni dalam list.Hari pertama of kos la menu gempak dan sedap-sedap kan?Masuk hari ke-5 kalau kat rumah saya ni kuih manis pun dah 'hilang' dan hidangan berbuka dah jadi menu lunch/dinner biasa sahaja cuma ada air manis sejuk/panas semasa berbuka itu sahaja (sebab kalau lunch/dinner yang biasa kami sekeluarga hanya minum air kosong sahaja tak ada air manis/air sirap pun tak ada hahaa, memang begitu dari dulu.Ais pun hanya ada yang jenis kiub dalam bekas tu je 😂 ) 

Okey berbalik kepada resepi kita hari ini iaitu mee goreng sardin, saya buat basah-basah siket.Resepi ni memang senang dan sangat cepat disediakan.Bagi ibu-ibu yang berkerja dan sampai agak lewat kat rumah,masih sempat sediakan juadah berbuka untuk keluarga makan panas-panas memang sedap.Mee goreng sardine ni juga sesuai kalau nak buat untuk sahur.Terjaga pukul 5am pun masih sempat tung tang..siap.Lagipun imsak sekarang ni agak lewat.Kalau kat negeri saya ni jam 6.04am.

resepi mi goreng basah, cara goreng mee mudah dan sedap, mee goreng sardine, sardine nak masak apa,
simple je...fish cake tu kalau tak ada tak payah letak pun tak apa, memadai dengan sardin tu je

resepi mee goreng sardine mudah dan sedap
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
1 bungkus mee kuning (400g)
2 ulas bawang putih (tumbuk/kisar)
3 ulas bawang merah (tumbuk/kisar)
1 sb cili kisar
1 tin kecil sardine/mackerel (155g)
3 sb sos tiram
1 sb sos cili
1/2 sb sos tomato
3 sb kicap lemak manis
1 biji telur
fish cake/fish ball
sayur sawi (atau apa-apa sayur kegemaran)
Hirisan tomato dan cili merah (hiasan)
minyak

cara-cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga sedikit garing, masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan sardine, masukkan 1 tin air (guna tin sardine) kacau sekejap.Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan kicap lemak manis.Kacau sebati dan biarkan mendidih.
  3. Masukkan fish cake/fish ball jika ada, batang sawi (atau sayuran yang keras cth karot),kacau-kacau dan hancurkan sedikit iakn sardine, jangan terlalu hancur biar masih berketul.Baru sedap bila makan tergigit ketulan sardine.
  4. Pecahkan telur, biarkan telur beku sedikit dan kacau sebati dengan kuah/bahan tumisan.
  5. Masukkan mi kuning dan daun sawi gaul rata.Akhir sekali masukkan buah tomato dan hirisan cili merah untuk hiasan.Mee goreng sardine siap.Selamat mencuba.Untuk video tutorial klik butang PLAY paparan di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Saya biasa goreng bihun dengan sardin. Kalau goreng mi dengan sardin belum pernah. Nanti boleh cuba.
    Selamat berpuasa buat Lina sekeluarga.

    ReplyDelete