Cabai Picit Air Asam Utara (terharu sungguh bila penyanyi no.1 komen di IG)

By LiNa_Pg - Friday, March 31, 2023

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran di pagi Jumaat, sekejap sahaja dan seminggu kita berpuasa.Walaupun puasa tahun ini agak mencabar, cuaca panas terik dan ada setengah tempat mengalami ribut yang agak kuat.Semoga mereka yang terlibat tetap tabah dan sabar.

Hari ni nak kongsikan satu resepi paling sempoi tapi boleh menambah-nambah nasi.Cabai picit menu express, bila dah buat kena terus makan dan habiskan, sejenis menu yang tak boleh simpan dari berbuka membawa ke sahur dan orang tak simpan buat stok tau..memang sekali jalan kena habiskan.kalau nak makan lagi, kena buat sekali lagi yang fresh baru sedap.Lagipun resepi cabai picit paling senang cabai/cili padi tu cuma picit-picit atau patahkan sahaja.Kalau orang Kelantan guna istilah 'kenyek' bermaksud lenyek sedikit tidak terlalu hancur.Cili/cabai tu masih nampak tektur cili.Selain cili, kita guna sedikit belacan (belacan ni lagi sedap kalau bakar sedikit barulah bangkit aromanya.Lepas asam jawa tu guna yang ada biji yang old skool tu, kalau boleh jangan guna yang pes.Dan kalau menurut saya cabai picit utara tidak dimasukkan bawang hiris atau tomato.Bahan cuma sedakar cabai/cili padi, belacan,asam jawa, garam,sedikit sahaja perasa dan air suam.Kalau yang ada hirisan bawang,tomato dan kerisik itu air asam untuk cicah dengan kerang atau ikan bakar.Cabai picit ni memang sangat simple.Sebagai pelengkap hidangan cabai picit dimakan bersama ikan kembung bakar atau rebus.Manakala ulam pula selalunya ada terung bakar dan ulaman sampingan yang lain cuma watak tambahan iaitu bendi celur dan lain-lain (contohnya petai, pucuk ubi dan sebagainya).Bagi saya makan cabai picit dan nasi panas sahaja pun dah mencukupi ini pun dah berselera.Kalau nak gandingkan lauk, lebih sedap dengan lauk kering seperti ikan goreng atau apa sahaja yang goreng-goreng.Memang mantap

air asam cabai picit, cabai picit air asam, air asam cabai picit utara, datuk seri siti nurhaliza, ctdk, instagram ctdk,
kat rumah saya ni cabai picit sangat laku keras dan anak-anak suka selain sambal belacan cabai picit menjadi pilihan.

Bercerita mengenai cabai picit ni saya share siket la kejadian dalam bulan ramadan di IG kira cerita baru yang masih panas-panas.Selalunya saya ni jenis suka memasak last minute.Kiranya waktu petang selepas asar barulah saya mula memasak lauk pauk/juadah berbuka (kecuali dessert) kuih/dessert saya buat awal (pagi atau sebelum zohor dessert kena siap dah).Bila keje memasak start lambat selalunya dalam pukul 6.30pm-6.45pm barulah siap semua menu.Selepas siap memasak saya akan rilek sekejap santai-santai chilling la orang kata.Sambil rest tu mesti buka IG/TikTok hehe.Buka IG terkejut tengok notification bila penyanyi no.1 Malaysia like dan komen di post cabai picit.Ya Allah rasa macam tak percaya pulak.Paling best toktie siap follow lina pg di IG.Rasa macam mimpi pulak.Kita simpan kat blog TMK sebagai kenang-kenangan.
air asam cabai picit, cabai picit air asam, air asam cabai picit utara, datuk seri siti nurhaliza, ctdk, instagram ctdk,
Terima kasih ctdk Datuk Seri Siti Nurhaliza sudi singgah ke IG saya ❤️ 💕 💝 
Resepi Cabai Picit Utara
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
3 ekor ikan kembung bakar/rebus
2 biji cili padi hijau
5 biji cili padi merah
asam jawa (anggaran sebesar ibu jari)
belacan bakar (anggaran sebesar ibu jari)
garam dan sedikit perasa
Limau nipis
Air suam secukupnya.
Ulam pilihan
Terung bakar
Bendi celur
Petai

Cara-Cara
  1. Satukan cili padi, asam jawa,belacan, garam dan perasa.Kemudian tuang air suam sambil picit dan gaul rata semua bahan.Kuantiti air bergantung kepada kepekatan air asam yang disukai.
  2. Kemudian perah jus limau nipis.Seimbang rasa kena ada rasa pedas masam masin seimbang.
  3. Letak isi ikan ke dalam air asam.Lina pg hancurkan sekeping isi ikan ke dalam air asam dan letakkan ulaman.Cabai Picit Utara sedia dinikmati.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Ingatkana apa penyanyo.... rupanya penyanyi hihihiii. Tahniah Lina.

    ReplyDelete
  2. Lama tak makan canai picit ni...dulu arwah mak selalu buatkan utk arwah ayah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. simple tapi sedap cabai picit ni.. menu lejen

      Delete