resepi ayam goreng bawang putih

By LiNa_Pg - Sunday, April 02, 2023

 Assalamualaikum...

Hari ini lambat siket bersiaran, hujung minggu sibuk sedikit dengan macam-macam hal, sepagian menyiang segala haiwan-haiwan yang dibeli di 'merket'/pasar.Dah selesai bab itu bolehlah update blog.

Resepi kita hari ini ialah ayam goreng bawang putih, resepi ini viral dalam sebulan yang lepas di tiktok...saya rasa macam dejavu je resepi ayam bawang putih sebab rasa pernah buat.Saya cuba google memang ternyata memang dah sedia ada dalam blog TMK.Saya guna pakai resepi yang sedia ada dalam blog TMK, cuma kali ini saya buat video untuk YouTube, senang untuk anak cucu buat rujukan di masa depan.

ayam nak masak apa,ayam goreng bawang putih, resepi ayam goreng bawang putih,resep ayam bawang putih, resepi ayam paling mudah dan sedap,
resepi ayam goreng bawang putih ni sangat simple tapi rasanya sedap dan bila makan bawang putih tu yang rangup dan unsur 'kekacang' di situ.

Resepi ayam goreng bawang putih
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (kisar)
7 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 inci halia
1 sb serbuk ketumbar
Sedikit serbuk cili
Serbuk kunyit
Air

Bahan B
8-10 ketul ayam
Garam
sedikit serbuk penaik
1 sb tepung jagung
2 sb sos tiram

Bahan C
1 labu bawang putih
Daun kari


Cara-Cara
  1. Perasakan ayam dengan sedikit garam, kemudian tuang bahan kisar (A), serbuk penaik, tepung jagung dan sos tiram.Gaul rata dan perap selama 30min (lagi lama lagi sedap)
  2. Bahan C, cuci bersih bawang putih.Ketuk sedikit bawang putih bersama dengan kulit.Ketuk sekadar pecah sahaja.Bawang dan daun kari kita perasakan dengan sedikit mushroom seasoning (cukuprasa atau garam pun boleh).
  3. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Apabila ayam hampir masak masukkan bawang putih dan daun kari.
  4. Apabila ayam dah masak golden brown bolehlah angkat dan hidangkan panas-panas.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments