Assalamualaikum....
Kembali bersiaran, nampak beliau begitu rajin update blog memandangkan banyak lagi resepi yang tersimpan dalam folder.Untuk seisi petang ni saya nak kongsikan resepi simple dan sesuai untuk bersahur.Nak masak pun cepat sahaja, bahan simple..makan dengan nasi panas memang berselera.
Resepi sambal tumis sardin pecah telur ni agak viral sedikit masa dahulu.Saya pun dah banyak kali buat, cuma kali ini agak rajin untuk buat video.Dah ada video kenalah share dalam blog ni juga untuk berikan idea kepada pembaca setia blog TMK.Saya buat versi yang berkuah sedikit supaya telur dapat masak dan bahagian bawah tak berkerak/hangus.Lagi satu saya suka telurnya sebiji-sebiji untuk setiap orang, kalau suka telur hancur boleh hancurkan semasa proses memasak.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga garing, kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan sardin, masukkan air (jika suka berkuah),masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan sedikit kicap lemak manis.Kacau-kacau sebentar kemudian hancurkan sardin (jangan terlalu hancur, biar nampak ketulan baru sedap).
- Pecahkan telur satu persatu dan jarakkan antara satu sama lain.Tutup periuk/pan dan biarkan telur set/masak (terpulang citarasa suka keras atau telur gedik-gedik).
- Tabur cili padi dan hirisan daun ketumbar untuk hiasan.Sambal sardin tecah telur siap untuk dihidang.Selamat Mencuba.
1 comments
Dari dulu sampai sekarang, sardin tin tetap di hati.
ReplyDelete