kuih talam pandan tepung beras lembut bergedik dan lemak manis
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Isnin, minta maaf kepada semua pembaca blog TMK, kelmarin tak sempat nak buat posting, hujung minggu terutamanya Ahad memang agak sibuk sedikit, maklumlah hari Ahad akan ke merket/pasar untuk membeli barang basah.Bila dah ke pasar tu kenalah siang dan kemas-kemas segala haiwan-haiwan dan sayur-sayur yang dibeli.Dah selesai semua, buat pulak kukis raya, sambung pulak masak juadah berbuka, memang tak sempat nak hadap lappy untuk buat posting terbaru.Hari ini insyaaAllah kalau berkesempatan saya cuba update lebih dari satu resepi.
Resepi kali ini ialah kuih talam pandan yang lemak manis, lembut bergedik dan sangat sedap mengikut citarasa saya.Kalau biasanya kuih talam atau tepung talam menggunakan tepung gandum, kali ini kita buat versi tepung beras pulak.Tekturnya lebih lembut berbanding menggunakan tepung gandum yang lebih 'firm' walaupun lembut bergedik, kuih talam tepung beras masih boleh dipotong dengan kemas.Tapi kena tunggu kuih betul-betul sejuk barulah potong.Kena sabar siket lah.Untuk resepi kuih talam tepung beras, air kapur adalah wajib diletakkan dalam adunan untuk kentalkan adunan, kalau skip air kapur kang lembek sangat kena makan cedok-cedok pulak, So jangan mengelat tau.
- Satukan semua bahan A, kacau sebati dan gula larut.Tapiskan ke dalam periuk dan masak/panaskan sekejap hingga naik wap.
- Sediakan loyang 8x8in alas dengan baking paper/plastik tahan panas, sapu sedikit minyak supaya kuih tak melekat apabila telah masak nantu, tuang adunan yang telah dipanaskan tadi.
- Kukus selama 35min(hingga masak)pastikan air dalam pengukus telah mendidih sebelum mula mengukus.
- Sementara menunggu lapisan hijau masak, kita buat lapisan atas pulak.Satukan semua bahan santan,tepung beras, tepung jagung dan garam kacau sebati hingga tiada yang berketul.Tapiskan ke dalam periuk dan masukkan daun pandan.Kemudian masak/panaskan sekejap hingga naik wap.
- Setelah lapisan hijau masak, cakar-cakar adunan supaya lapisan putih dapat melekat.
- Tuang lapisan putih dengan cermat, supaya tidak bolos atau mencacatkan lapisan hijau (lapisan hijau masih panas dan agak lembut) Tutup dengan aluminium foil untuk elakkan air menitik ke atas kuih.Kukus selama 35min (atau hingga kuih masak)
- Setelah kuih masak, biarkan kuih sejuk sepenuhnya sebelum dipotong.Potong mengikut kreativiti masing-masing.Selamat mencuba.
0 comments