Assalamualaikum...
Lauk berbuka petang semalam, kadang-kadang buntu juga tak tahu nak masak apa.Memandangkan resepi ni main reka ikut dan je kita tepek cepat siket dalam blog, bukan apa nanti lupa pulak bahan apa yang dimasukkan.Kalau resepi yang ada video tak apa lambat-lambat masukkan dalam blog sebab ada bahan rujukan dan selalunya saya akan tulis kat mana-mana untuk edit masuk dalam video.Bila masak campak-campak ni selalunya akan lupa..
Al kisahnya kemarin agak lambat juga mula memasak sebab saya siapkan video untuk youtube resepi kudapan raya...nak setel filming/shooting video dan kemas semua tu memang ambil masak juga.Dah siap semua, tanya dak seketul maisarah..adik nak makan apa untuk berbuka...'tomyam' jawabnya ringkas je...Aduh boleh dikatakan setiap minggu tomyam ni wujud atas meja makan kami.Tak apalah asalkan ada yang bagi idea lauk berbuka, mama on je la.Lagipun tomyam kan senang, lebur je semua.Setel lauk maisarah, takkan tomyam je kena ada lauk sampingan yang lain juga.Perut dah siap rebus, yang ni untuk rata-rata bolehlah nak jadikan lauk sampingan bukan dia.Keluarkan la ikan siakap, pening gak mama nak masak apa.Memula nak buat siakap masam manis, lepas tu macam sos asam jawa..eh kang pedas pulak lauk gitu..dah la tomyam dah pedas.Lepas tu rasa malas pulak nak menggoreng.Kukus ajerlah jimat minyak 😂 .Tengah kukus ikan, boleh lagi fikir siakap stim limau ke apa?dah puasa ni dah buat dah kukus limau...tukar fikiran lagi.Buat je la sambal tumis letak petai..siram je la kat atas siakap kukus setel masalah.Tuuuu dia nampak tak nak hasilkan satu ekor siakap atas meja punyaaaaa banyak plot twist nasib baik tak bersimpul je 😆 .Alang-alang saya pun dah pening nak masak lauk berbuka, meh la saya share idea ni dengan pembaca semua....so, tak payah pening lagi buat macam ni pun sedap tau...ala-ala resepi sihat la konon..tapi p tumis pulak kuah tu hehe...
- Ikan siakap yang telah siap disiang, kelar-kelar dan lap dengan kitchen towel.Perasakan dengan sedikit garam dan perahkan jus limau nipis.Letak hirisan halia.Letak ikan ke atas bekas yang sesuai, kukus selama 20min (atau hingga ikan masak) lina pg kukus guna kuali sahaja.Setelah ikan masak keluarkan air (yang berada dalam bekas/dulang ikan) jika tidak buang, ia akan menjejaskan rasa ikan.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar hingga garing, masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak, masukkan gula merah dan tumis sekejap lagi.
- Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato dan sedikit kicap manis, tumis sekejap dan masukkan sedikit air.Biarkan mendidih dan masukkan petai, bendi dan hirisan bawang holland.kacau sebentar hingga bawang agak layu.Tutup api.
- Siram/tuang ke atas ikan siakap yang telah dikukus tadi.Selamat mencuba.Tiada video tutorial disedikan.
0 comments