cara buat jeruk nenas kelantan yang sedap dan tahan lama | colek nenas viral

By LiNa_Pg - Sunday, April 09, 2023

 Assalamualaikum...

Pernah makan jeruk nenas atau colek nenas tak?Kalau di Kelantan jeruk atau colek sangat terkenal dan menjadi kudapan tak kira masa.Tetapi kalau di bulan Ramadan, jeruk atau colek sangat digemari oleh penduduk tempatan menjadikan moreh selepas teraweh.Bukanlah moreh official di surau/madrasah tapi moreh sendiri-sendiri punya 😉 Kebanyakan akan lepak bersama-sama kawan di kedai kopi dan pekena jeruk.Biasanya di bulan puasa, tekak rasa payau atau dalam istilah kelantan 'lecah' lidah kurang balance.Bila makan sesuatu yang masam,pedas dan manis barulah lidah rasa macam ok je.Jeruk nanas boleh dibuat awal dan simpan dalam peti ais, makan sejuk-sejuk memang sedap sangat dan jeruk ini atau colek nisey ini boleh bertahan lama tau (itupun kalau tak habis makan hehe)nak lagi lama gunalah buah-buahan yang pejal/keras seperti buah 'pauh ringan' (buah mangga muda), sentul, kelubi, celagi (buah asam jawa), ambra (kedondong) dan sebagainya,kalau di Kelantan ada satu lagi iaitu 'buah zabit' 😂 😂 iaitu buah anggur yang kecil-kecil (mungkin hasil daripada buah anggur yang kena prunning bagi memberi buah induk membesar mengikut saiz pasaran).

Okeylah resepi colek buah atau colek nisey ni sangat mudah, nak buat sangat cepat,rasanya pun sedap pulak tu.Apapun yang kita buat atau masak, asalkan seimbang rasanya memang akan jadi sedap.Dalam resepi jeruk nissan ni saya menggunakan gula nisey/nisan kerek dan dicampurkan dengan gula pasir.Kalau nak guna gula melaka pun boleh dan ada juga dimasukkan sedikit cuka.Cuka ni bukan sahaja untuk memberi impak rasa masam, tetapi tugas dia ialah untuk ketahanan jeruk, cuka bertindak sebagai agen pengawet semulajadi sama seperti dalam sos pencicah ala thai yang saya kongsikan dalam n3 sebelum ini.

Boleh ke kalau nak tukar dengan cili kering?boleh je tak jadi masalah, kalau nak guna cili kering, kena rebus terlebih dahulu, kemudian kisar halus, kemudian ikutlah kaedah/cara yang disediakan.

jeruk nenas, jeruk nanas, colek buah kelantan, resepi jeruk yang sedap, colek buah viral,
sebenarnya saya tidak bercadang nak buat video pun resepi jeruk ni, tapi entah macam mana, boleh pulak shoot guna handphone haha...jadi gambar dan video ni dari handphone saja, shoot pun cincai-cincai saja.Tapi tak sangka bila post ke TT, sangat mendapat sambutan.Kalau di YouTube macam biasalah agak krik..krik
Al-kisah jeruk nenas ni sebenarnya, masa cuti sekolah (bulan 3 aritu) adik saya datang dari kampung dan bawa buah nenas, nampak gaya macam klon MD2 sebab mata nanas agak besar, tapi saiz buahnya besar tak macam MD2, kulit buah masih hijau tapi buahnya sudah masak, nak makan begitu sahaja tak terlarat.Nak buat gulai lemak nanas campur ikan kering, macam tak sesuai pulak dengan gred buah ni.Jadinya saya kupas dan frozenkan supaya tahan lama.Sayanglah pulak kan jauh-jauh datangnya buah nanas, elok pulak tu.Dah bertapa agak lama dalam peti ais, baru terfikir nak buat jeruk..maka terhasillah jeruk nenas ni hehe..

resepi jeruk nenas viral
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan A
2 cawan air
1 keping gula nisan/nisey kerek
1 senduk gula (atau secukup manis)
1 senduk cili kisar
sedikit garam
cuka

Bahan B
Buah pilihan nenas/nanas, buah celagi (buah asam jawa), sentul/sentoi, kedondong, kelubi dan sebagainya

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan, masak hingga mendidih dan renehkan sebentar.Seimbangkan rasa manis, pedas dan masam.Tutup api.
  2. Masukkan buah nenas/apa-apa buah pilihan yang sesuai ke dalam mangkuk.Tuang jeruk/colek yang dibuat tadi.Biarkan sejuk dan sedia dinikmati.Selamat mencuba

  • Share:

You Might Also Like

0 comments