ayam masak asam jawa sedap dan mudah | bukan ayam masak asam pedas

By LiNa_Pg - Monday, April 10, 2023

 Assalamualaikum...

Dah ada idea untuk lauk berbuka?dan anak-anak suka makan ayam?Kalau kat rumah saya ni ada istilah baru iaitu 'lauk ayam pah ceroh' bermakna ayam setiap hari without fail 😂 😂 walaupun ada haiwan lain, tapi lauk ayam tetap tak tinggai (ayam guring bodow pun tak apa janji ada ayam untuk seketoi tu)kadang naik pening kepala mama nak fikirkan menu untuk dia.Tak dilayan kesian pulak sebab dia paling kecil dan dia puasa pulak tu.

Kebiasaannya kita akan buat ikan masak asam kan?ini menu terkenal di utara.Tapi sekali sekala kita cuba buat guna ayam pulak, sedap betul berselera makan rasanya yang pedas masam sedikit manis yang seimbang memang ngam la kalau buat untuk berbuka puasa.Bila buat lauk ayam macam ni senang keje mama sebab dah ada 'ayam' hehe.Kalau buat ikan masak asam memang tak kesudahan kena buat juga ayam walaupun cuma goreng kunyit biasher-biasher saja.Anak-anak dan ayam berpisah tiada.

ayam masak asam jawa, ayam masak asam bukan asam pedas, ayam nak masak apa,

resepi ayam masak asam
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan Bahan
5-6 ketul ayam (perasakan dengan garam dan kunyit)
3 biji cili padi (belah 2 tapi tak putus)
1/2 cm halia (mayang)
2 ulas bawang putih (hiris)
3 ulas bawang merah (hiris)
1 cawan air asam jawa
2 sb sos tiram
mushroom seasoning/perasa
Gula perang
minyak
air (jika perlu)

Hiasan
5-6 ulas bawang putih
5-6 ulas bawang merah
cili padi 

Cara-Cara
  1. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  2. Tumis cili padi, bawang merah, bawan putih dan halia hingga garing.
  3. Masukkan air asama jawa, sos tiram, mushroom seasoning, gula perang, biarkan kuah mendidih (boleh tambah jika suka berkuah)
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi, bawang merah dan bawang putih, tutup periuk sekejap dan biarkan hingga bawang lembut sedikit.Tektur bawang biarlah rangup dan tidak lembek baru sedap dimakan.
  5. Masukkan cili padi dan tutup api.Ayam masak asam siap untuk dihidang.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments