Assalamualaikum...
Resepi kedua untuk hari ini ialah daging masak merah ala thai.Sebelum ini saya pernah kongsikan resepi daging masak merah, tapi kali ini lebih authentic kerana saya menggunakan sos cap labu yang dibeli dari kampung.Sos ini ada juga dijual di shopee.Harga saya pun tak ingat sebab dah lama beli tapi ringgit je la tak mahal pun.Sos ni mula-mula tu saya guna untuk masak bihun pink, sedap jugaklah dan rupa paras dia pink 😉 tapi masa buat bihun tu saya masak campak-campak je snap gambar post ke IG story sahaja.Lupa pula nak masukkan dalam blog, resepi pun dah tak ingat.Tak apalah lain kali buat, bolehlah masukkan dalam blog TMK.Dah lama sos tu bertapa dalam peti ais, bulan puasa ni terajin pulak buat daging masak merah, terus guna sos tu, kalau tak ada sos labu pun masih boleh buat daging masak merah ni, cuma guna sirap je untuk dapatkan effect merah tu.Sirap mesti ada banyak kat rumah kan?Tambahan bulan puasa/raya ni sirap memang laku keras.
Untuk buat daging masak merah,selalunya saya guna daging pejal jangan guna daging batang pinang, kang hancur lunyai daging tu nanti.Kita guna yang pejal (daging untuk masak rendang tu) sebab kita akan rebus dulu daging tu, kemudian baru masak macam biasa.
- Satukan semua bahan A ke dalam periuk kecil dan rebus hingga daging empuk.Angkat dan toskan.Simpan air rebusan daging untuk dimasukkan ke dalam masakan.Hiris nipis daging tersebut.Ketepikan.Tips hiris daging supaya tidak liat ialah melawan 'urat' atau ira daging.Boleh tengok video di YouTube.
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih dan akar ketumbar, kemudian masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Kemudian masukkan gula merah, sos tiram, sos cili dan sos cap labu (kalau tak ada sos cap labu gantikan dengan sos tomato)Kacau sebentar.
- Seterusnya masukkan daging yang telah direbus tadi.Kacau sebentar dan masukkan air rebusan daging.Kuantiti air rebusan daging bergantung kepada tahap kelembutan daging yang disukai.Tutup periuk dan biarkan daging betul-betul lembut.
- Masukkan bawang holland, gaul rata dan tutup periuk sekejap sahaja supaya bawang lembut sedikit.Akhir sekali masukkan hirisan cili merah dan cili padi untuk hiasan.Tutup api dan daging masak merah ala thai dah siap.Selamat mencuba.
0 comments