resepi biskut nestum paling mudah guna 2 bahan sahaja | biskut tanpa oven tanpa mixer

By LiNa_Pg - Saturday, April 15, 2023

 Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu buat semua, hari ini ada yang berkira-kira nak buat biskut raya ke?Saya nak kongsikan satu resepi biskut raya yang simple hanya guna 2 bahan sahaja, tak guna oven tanpa telur tanpa mixer.Wah hebat kan?biskut jaman now ni makin ringkas yang penting sedap dan habis sekelip mata je.Mujur jugak la buat time puasa, kalau buat malam hari alamatnya memang tak sempat masuk balang la gayanya dan untuk pengetahuan semua biskut raya ni dah 'selamattttt' semuanya habis dimakan anak-anak.Sengaja buat siket dulu untuk testing, kalau menjadi dan kena dengan selera anak-anak bolehlah buat banyak.Lagipun ini resepi baru yang belum pernah try.Lainlah kalau semperit/biskut dahlia yang dah bertahun-tahun buat dan memang kegemaran anak-anak.Cuma tahun ini saya tak buat biskut yang menggunakan oven, sebab oven ada buat hal siket.Tak mengapalah kita cari alternatif lain janji ada juga biskut raya siket-siket.

Untuk biskut nestum ini bahan utama ialah nestum dan bahan kedua ialah coklat compound, boleh guna sebarang jenis sama ada white, milky atau dark coklat terpulang selera.Boleh ke nak guna coklat masakan?boleh aje.Ada yang tanya saya boleh ke guna serbuk koko dan campur dengan susu pekat?Jawapannya TAK BOLEH sebab itu adalah resepi topping kek coklat dan tekturnya adalah meleleh dan tidak akan cair pada suhu bilik.Kena guna coklat compound supaya biskut lebih stabil pada suhu bilik dan rasanya agak premium.Nak guna brand apa terpulang selera dan poket masing-masing.Saya guna brand beryl's je.Harga pun tak lah kayangan sangat masih mampu milik.

Sedikit tips untuk membuat biskut nestum viral ini ialah ratio atau nisbah nestum:coklat ialah coklat kena sama atau lebih sedikit dari nestum.Kalau coklat kurang, tektur adunan akan seroi/berderai dan akan susah untuk bentuk atau susah untuk kita padatkan.Dan coklat juga tak boleh terlalu banyak nanti akan jadi lembek pulak.Jadi kena pandai agak untuk resepi nestum ni saya guna ratio 1:1.Kalau suka rasa yang lebih bercoklat, boleh lebihkan sedikit lagi coklat compound.

biskut nestum,resepi biskut 2 bahan,biskut nestum tanpa oven, nestum coklat bar, biskut nestum macam kit kat,biskut nestum lina pg,biskut raya simple dan mudah,
bahan simple rasanya sedap dan penampilan juga menarik...haaa gitu kekdahnya
coklat drizzle tu optional sahaja.Saya guna milky coklat compound.Kalau tak nak letak pun tak apa
biskut nestum simple 2 bahan
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
2 cawan nestum
2 cawan white coklat compound
sedikit milky coklat untuk drizzle (hiasan)

Cara-Cara
  1. Didihkan air dan cairkan coklat secara double boil atau boleh guna microwave sahaja.
  2. Tuang ke dalam mangkuk berisi nestum.Gaul rata hingga nampak adunan bergumpal.Kalau adunan nampak berderai/seroi itu bermakna coklat kurang.
  3. Sediakan loyang lina pg guna 8x8in alas dengan baking paper supaya senang untuk keluarkan nanti.Tuang adunan kemudian tekan supaya padat/mampat.
  4. Potong adunan semasa masih lembut, potong bentuk kiub/jejari terpulang kreativiti masing-masing.
  5. Masukkan ke dalam peti ais bahagian chiller sahaja selama 30-45min hingga nampak keras/set.
  6. Keluarkan dari loyang dan patah-patahkan/leraikan/asingkan setiap biskut mengikut potongan tadi.
  7. Ini optional sahaja.Cairkan milky coklat (linapg guna microwave sahaja)dan drizzle ke atas biskut.Untuk lebih cantik seeloknya kalau guna white coklat sebagai bahan dalam nestum, untuk drizzle guna warna kontra sama ada dark/milky coklat.Barulah nampak cantik.Kalau nak guna white coklat juga pun boleh, tak jadi masalah.Tunggu sekejap biarkan topping drizzle tadi set/beku boleh masukkan ke dalam bekas/balang.
Note:
Selepas letak topping, lina pg biarkan atas meja sahaja, kalau nak masukkan dalam peti pun boleh (masukkan dalam 5min sahaja sebab topping cepat set.
Jumlah biskut yang dihasilkan anggaran 49pcs.Bergantung kepada saiz potongan.
Dalam coklat tidak dicampurkan sebarang butter/minyak.Cuma cairkan coklat sahaja.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments