resepi kubis gulung dan nugget ayam homemade

By LiNa_Pg - Sunday, April 09, 2023

 Assalamualaikum...

Kalau kat rumah ada banyak sangat dada ayam sampai tak tahu nak buat apa dah, boleh cuba buat kubis gulung...sekejap saja habis licin semua..kat rumah ni kalau dada ayam saya akan simpan asing untuk masukkan ke dalam bihun/mi goreng atau apa sahaja yang goreng, selain dari buat ayam goreng kunyit atau lauk-lauk sampingan yang menggunakan ayam potong kecil-kecil.Kalau dada ayam buat lauk memang part dada akan kurang laku berbanding drumstick atau kepak ayam.

resepi kubis gulung, kobis roll, cabbage roll, nugget homemade, dada ayam nak masak apa, nugget buat sendiri,resepi kubis,kobis
kubis gulung ala chinese style cicah dengan sos pencicah homemade nanti saya akan kongsikan resepi dalam n3 seterusnya

resepi kubis gulung / kobis roll 
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
500g isi ayam/dada ayam
5 cendawan shiitake
5 ulas bawang putih
1 sb minyak masak
1 biji telur
serbuk pati ayam
2 sk sos tiram
1 sk kicap cair
cili flakes

Bahan B
Kubis panjang
Air secukupnya


Cara-Cara
  1. Satukan dada ayam, cendawan shiitake dan bawang putih ke dalam pengisar, kemudian kisar hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk yang besar, kemudian masukkan minyak masak, telur, serbuk pati ayam, sos tiram, kicap cair, cili flakes, gaul rata semua bahan (jika suka boleh masukkan hirisan daun bawang juga).Setelah sebati, ketepikan sebentar.
  3. Sementara itu, didihkan air kemudian celur kubis panjang hingga lembut.Kemudian angkat dan toskan.Lalukan dengan air paip supaya ia cepat sejuk dan dapat hentikan proses memasak.
  4. Kemudian boleh gulung kubis, letak sehelai kubis panjang dan letakkan inti ayam yang kita dah buat tadi.Gulung dengan kemas mengikut kreativiti masing-masing.Boleh refer ke YouTube cara menggulung.
  5. Didihkan air di dalam pengukus, kukus selama 10-12 min sahaja.Angkat dan hidangkan bersama sos pencicah.
Disebabkan kubis panjang tak cukup kerana daun kubis di bahagian dalam agak kecil tak muat untuk menggulung, jadi baki inti ayam tadi saya buat nugget ayam

Nugget Ayam Homemade
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
Baki inti ayam dari kubis roll
Minyak masak
serbuk roti
Telur (pukul sedikit)

Cara-Cara
  1. Sediakan loyang 8x8in, alas dengan baking paper dan sapu sedikit minyak.Tuang baki inti ayam tadi dan ratakan ke keseluruhan loyang. Kukus selama 20min (hingga masak).Sejukkan terlebih dahulu.
  2. Potong bentuk kiub atau boleh potong mengikut kreativiti masing-masing.
  3. Celupkan ke dalam telur (yang telah dipukul sedikit)kemudian salut dengan serbuk roti.Ulang proses hingga habis.
  4. Panaskan minyak, goreng nugget hingga kuning keemasan, kemudian angkat dan toskan.Hidangkan bersama sos cili dan mayonis.Selamat Mencuba.
Jika berminat untuk membeli meat grinder yang saya gunakan ini, boleh beli di TikTok Shop saya (Malina Lina Pg) harganya RM50-RM60 sahaja.Kalau ada voucher diskaun dari TikTok jangan lupa claim ya...insyaaAllah akan dapat harga lebih murah.Link TTS klik tulisan biru

  • Share:

You Might Also Like

0 comments