bendi ala chicken rice shop | resepi bendi sambal kering sedap macam restoran nasi ayam terkenal

By LiNa_Pg - Monday, April 10, 2023

 Assalamualaikum...

Bertemu kembali di hari Isnin.Kat rumah ada sayur bendi tak?Kalau selalunya bendi dimasukkan ke dalam gulai/kari apakata kali ini cuba buat bendi ala chicken rice shop.Memang sedap buat makan dengan nasi atau nak ratah begitu saja pun boleh juga.Bendi tu saya celur sekejap sahaja sebab suka tekturnya yang masih rangup,kalau suka yang lembek boleh celur/rebus lebih lama.Terpulang selera masing-masing.

resepi bendi sambal kering sedap macam restoran, bendi ala chicken rice shop,bendi celur ala kedai nasi ayam terkenal,sayur bendi, bendi nak masak apa,
mudah, bahan ringkas dan rasanya memang sedap setanding kedai nasi ayam terkenal tu

resepi bendi ala chicken rice shop
by malina lina pg  https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
1 labu bawang putih (cincang)
1 sb udang kering (rendam dgn air panas, kemudian cincang)
Chilli flakes
1 sk gula perang (secukupnya)
1 sb sos tiram
1 sb kicap cair
Hirisan cili merah (untuk hiasan)
Minyak

Bahan B
Bendi secukupnya
Air
Garam
Minyak


Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga agak garing.Masukkan udang kering dan tumis sebentar.Masukkan cili flakes, tumis sekejap dan masukkan gula perang, sos tiram dan kicap cair.Tumis sebentar.kemudian masukkan sedikit air (sikettt jer tau)Seimbangkan rasa kena ada rasa pedas manja, manis dan masin.Tutup api.Ketepikan sebentar.
  2. Masukkan air ke dalam periuk kecil, masukkan garam dan sedikit minyak biarkan mendidih.
  3. Masukkan bendi, celur/rebus selama 1-2 min sahaja (kalau suka bendi yang masih crunchy)kalau suka tektur yang lebih lembut/lembek boleg rebus lebih lama.
  4. Keluarkan bendi dari periuk dan masukkan ke dalam bekas berisi air biasa (untuk stop cooking proses supaya bendi tak over cook).Potong tangkai dan ekor bendi.Susun ke dalam pinggan.
  5. Tuangkan sos yang telah dibuat tadi ke atas bendi celur.Tabur hirisan cili merah untuk hiasan.Bendi ala chicken rice shop sedia dinikmati.Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments