resepi agar agar santan pandan tanpa telur

By LiNa_Pg - Tuesday, April 04, 2023

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, kelmarin tak sempat nak menulis dalam blog walaupun banyak lagi resepi-resepi yang masih belum update kat dapur maya yang satu ni.Kalau nak cari idea masakan yang fresh boleh follow IG saya (malina lina pg)kalau tak ada gambar masakan di feed IG, insyaaAllah adalah gambar masakan walaupun hanya dlam kuali/periuk yang saya share kat IG story.Kalau ada kerajinan saya snap juga guna handphone post ke feed IG.Okey untuk hari ini saya nak share resepi atau menu buka yang memang wajib saya buat setiap kali tiba ramadan iaitu agar agar santan.Tak kiralah agar agar santan gula melaka/gula nisan atau gula merah atau agar agar santan pandan.Kesemuanya adalah favourite semua orang dalam rumah ni.Kalau menurit citarasa saya, lebih memilih yang tidak menggunakan telur.Tapi sekali sekala ada juga saya buat menggunakan telur sekadar variety atau pilihan untuk follower.

Ramai juga yang salah faham mengenai agar agar santan ni, mereka sangkakan telurlah faktor utama agak-agar berlapis, sebenarnya TIDAK, agar agar santan menjadi berlapis kerana santan yang akan naik ke atas manakala agar-agar yang plain akan turun ke bawah.Tips penting ialah setelah adunan mendidih, kita biarkan menggelegak (api besar) hingga membuak-buak tapi jangan sampai melimpah.Kena pandai kawal api.Apabila nampak adunan hampir melimpah kacau-kacau dan kecilkan api.Kemudian besarkan semula, ulang 2-3x langkah ini, insyaaAllah agar-agar santan akan berlapis.Boleh tonton video tutorial dan tips penuh di YouTube malina lina pg.

resepi agar agar santan,agar agar santan pandan,agar agar santan tanpa telur, tips petua agar agar santan berlapis, kuih buka puasa, kuih tradisional,
Kali ini sengaja buat lapisan santan lebih tebal, bukan apa selaluya saya guna 200ml santan, kali ini 300ml santan sebab nak habiskan baki santan yang buat tomyam.Dia buat kuih/agar-agar main ikut dan je 😆 yang penting kuantiti air/cecair tetap kena ikut sukatan juga.

resepi agar agar santan pandan tanpa telur
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
10g agar-agar serbuk
250ml air pandan (kisar 7-8 helai daun pandan)
450ml air
3/4 cawan gula pasir (jika suka manis guna 1 cawan)
300ml santan (lina pg guna santan kotak)
sedikit pewarna hijau (optional)
sedikit garam

Cara-Cara
  1. Satukan agar-agar serbuk, gula, garam, air pandan, air, sedikit garam dan pewarna hijau.Masak hingga gula larut.
  2. Masukkan santan dan biarkan mendidih (sambil kacau supaya santan tak pecah minyak)Setelah mendidih, besarkan api hingga adunan membuak buak dan hampir melimpah.Apabila nampak adunan hampir melimpah, cepat-cepat kecilkan api dan kacau kacau adunan supaya tak melimpah keluar dari periuk.Ulang langkah ini 2-3kali.Kemudian tutup api.
  3. Tuang adunan agar agar ke dalam loyang (lina pg guna loyang 7x7in) biarkan agar agar sejuk sedikit, kemudian masukkan ke dalam peti ais dan biarkan agar-agar keras/beku.InsyaaAllah agar agar santan akan berlapis.Video tutorial sila tonton di youtube

  • Share:

You Might Also Like

0 comments