ayam goreng butter / ayam goreng mentega mudah dan sedap

By LiNa_Pg - Tuesday, April 18, 2023

 Assalamualaikum...

Pernah makan ayam goreng mentega?sedap tau, sebenarnya tak pelik sangat pun ayam goreng butter ni, eh! tak sama tau dengan ayam buttermilk tu lain sangat.Ayam goreng butter ni sangat simple je tapi rasanya sedap, kalau nak buat lauk untuk hari raya dan makan dengan nasi berperisa pun boleh juga, kalau asyik makan ayam masak merah je sekali sekala kita tukar kepada hidangan yang lite sahaja.Ayam goreng butter/mentega ni saya makan dengan nasi putih sahaja.Nama ayam butter kerana kita goreng ayam menggunakan butter lepas tu masak macam biasa.

ayam mentega, ayam goreng mentega, ayam masak butter, ayam nak masak apa,
simple sahaja, kalau sekali pandang macam ayam kicap je 😉 

resepi ayam mentega/ayam goreng butter
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A
12 ketul ayam
serbuk pati ayam (atau sedikit garam)
tepung jagung
Minyak
50g butter/mentega (boleh juga guna marjerin)

Bahan B
3 ulas bawang putih (ketuk sedikit)
2 biji cili padi (belah 2 tak putus)
2 sb sos tiram
1 sb sos tomato
2 sb sos cili
2 sb kicap manis
100ml air (atau secukupnya)
serbuk lada sulah

Hiasan
bawang holland
hirisan cili merah
Cili padi
Hirisan daun ketumbar

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan A,gaul rata dan perap selama 10-15min.
  2. Panaskan sedikit minyak, masukkan butter biarkan butter cair sedikit, lepas tu goreng ayam hingga masak.Angkat dan ketepikan.Keluarkan lebihan butter cair, tinggal sedikit untuk menumis.
  3. Tumis bawang putih dan cili padi hingga garing, kemudian masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap manis, kacau sebentar hingga nampak mendidih.
  4. Kemudian masukkan ayam yang telah digoreng tadi, gaul rata dan masukkan sedikit air, gaul rata dan tutup periuk supaya ayam betul-betul empuk.
  5. Setelah ayam empuk dan nampak berkilat-kilat, masukkan serbuk lada sulah, hirisan bawang holland, cili merah dan cili padi.Tutup api dan letakkan hirisan daun ketumbar atau daun bawang.Selamat Mencuba

  • Share:

You Might Also Like

1 comments