sosej goreng telur lauk sahur paling win

By LiNa_Pg - Monday, April 17, 2023

 Assalamualaikum...

Hujung-hujung ramadan ni selera makan makin berkurang, berbuka pun agak kurang berselera, tambahan cuaca agak panas, minum segelas air dah tak boleh makan sangat nasi.Untuk bab berbuka puasa, apatah lagi untuk bersahur, kalau makan lauk berbuka membawa ke sahur kadang-kadang tidak berselera kena buat sesuatu yang simple dan makan panas-panas barulah selera.Saya pula jenis yang tak nak berlam-lama di dapur tambahan untuk sahur, jadi kita buat yang ringkas sahaja.Saya buat telur goreng sosej ni memang berselera betul makan.Kalau tak ada idea nak masak apa untuk berbuka puasa nanti, lauk ini pun boleh juga dijadikan hidangan sampingan.Pasti anak-anak suka.Telur goreng sosej ini boleh juga kalau nak jadikan sebagai sarapan lepas dah habis puasa nanti.Kalau anak-anak tak suka pedas, boleh guna cili kering yang tak pedas tu atau skip sahaja.

sosej goreng telur, telur sosej, sosej masam apak sedap, resepi guna telur, idea sarapan,
simple sahaja tapi sedap tau

resepi sosej goreng telur
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
6 batang sosej 
3 biji telur
2 tangkai cili kering
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
2 biji cili padi 
sos cili
sos tiram
sedikit kicap manis
cili hijau dan cili padi 
serbuk pati ayam
minyak

Cara-Cara
  1. Potong cili kering gunting anggaran 2cm dan rendam dalam air panas.Biarkan sebentar.
  2. Potong sosej kepada beberapa bahagian.Pukul telur dengan sedikit serbuk pati ayam (garam).Ketepikan sebentar.
  3. Belah 2 cili padi (belah tapi tak putus) yang ini untuk bagi rasa sedikit pedas (pedas-pedas manja)
  4. Hiris nipis bawang merah dan bawang putih.
  5. Panaskan minyak, goreng sosej hingga masak.Jangan goreng terlalu lama nanti sosej kecut.Kemudian goreng pula telur, buat telur hancur.Angkat dan ketepikan sebentar.Keluarkan lebihan minyak, tinggal sedikit untuk menumis.
  6. Tumis hirisan bawang merah, bawang putih, cili kering dan cili padi hingga sedikit garing.
  7. Masukkan sos cili, sos tiram dan kicap manis, kacau sebentar.Masukkan telur dan sosej, gaul sekejap.Masukkan sedikit serbuk pati ayam, cili padi untuk hiasan.Gaul rata.Siap.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments