resepi perut muda air asam kelantan style

By LiNa_Pg - Tuesday, April 04, 2023

 Assalamualaikum...

Rajin betul hari ni buat n3 😉 Buat n3 pendek sahaja untuk seisi petang.Hari Ahad lepas en.husband belikan perut muda ni, perut muda ni ada juga yang panggil perut bulat atau nama lain ialah usus, kalau di kelantan perut muda yang sangat digemari, kalau masa raya haji memang inilah yang paling laris berbanding perut babat atau perut kitab.Perut ni saya rebus terlebih dahulu hingga empuk.Letak garam siket buat ngaso-ngaso masa merebus.

Kalau sebelum ini saya buat perut babat air asam versi utara kali ini kita buat perut air asam klate pulak.Dari segi penampilan memang keduanya berbeza, kalau utara warna agak gelap kerana menggunakan asam jawa, tetapi air asam kelantan berwarna cerah macam sup kerana agen masamnya ialah jus limau nipis.Resepi perut air asam kelantan ni saya buat mengikut resepi bonda saya.Semasa bonda masih ada, sayalah tukang kutip daun kesum dan limau nipis..Dulu-dulu nak apa je main kutip je belakang rumah...semua pun tumbuh menghijau..limau nipis,limau kasturi, limau purut pun ada...Walaupun saya tukang kutip, selalunya bonda yang akan buat dan saya cuma tolong-tolong hiris dan part paling penting ialah tolong makannnnn 😂 .Alhamdulillah berkat suka tolong kutip tu sempat juga saya tengok macam mana bonda sediakan air asam untuk cicah dengan perut.Kalau bonda punya style beliau suka buat untuk makan cicah-cicah.Pendek kata air asam cuma semangkuk kecil dan perut berasingan.Kalau saya pula suka perut berenang dalam air asam sebab kuah pun boleh hirup.Jadinya air asam bonda akan lebih kaw dan saya buat versi ceroi/berkuah.

resepi perut air asam kelantan, perut mudah cicah air asam, air asam kelantan, perut muda,perut bulat, usu lembu, perut muda nak masak apa, perut lembu air asam kelantan,
Beginilah lebih kurang perut air asam kelantan

Perut muda air asam kelantan
resepi bonda malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
bahan-bahan
perut muda (anggaran 1/2kg)
4 ulas bawang merah (hiris)
3-4 biji cili padi (kepedasan terpulang selera)
sedikit belacan (bakar)
daun kesum (hiris)
2 biji limau nipis (ambil jus)
garam dan perasa
air rebusan perut

Cara-Cara
  1. perut lembu (perut muda) direbus hingga empuk.masukkan sedikit garam semasa merebus.Setelah empuk potong/gunting-gunting perut muda anggaran 1 inci.
  2. Satukan bawang merah, cili padi dan belacan.Lenyek belacan hingga kancur.Perah jus limau nipis.Masukkan garam dan perasa.
  3. Masukkan air rebusan perut dan daun kesum.Seimbangkan rasa.Kena ada rasa masam, masin dan pedas.Jika kurang masam boleh juga masukkan sedikit cuka.Kalau nak buat style cicah, guna sedikit sahaja air rebusan anggaran 1/2 cawan sahaja.Jika suka makan style berkuah lebihkan air rebusan.
  4. Masukkan perut mudah yang telah dipotong ke dalam air asam.Gaul rata dan perut mudah air asam kelantan sedia dinikmati.Selamat mencuba
Note:
Perut air asam kelantan tidak menggunakan buah tomato, bahannya sangat ringkas dan rasanya light sahaja.Seimbang rasa pedas, masam dan masin.Tidak terlalu sarat dengan bahan aksesori.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. Saya pun suka perut yang berenang-renang di lautan air asam.

    ReplyDelete