Perut Air Asam Mudah Dan Sedap & Perut Lembu/Perut Babat Goreng Kunyit
Assalamualaikum...
Hai semua, hari ni baru resepi yang fresh betul-betul masak untuk buka puasa.Kebetulan hujung minggu lepas (hari Ahad) en asben ke 'merket'/pasar untuk beli barang-barang basah.Tak tahulah apa mimpinya dibelinya pulak perut lembu.Sesuatu yang luar biasa di rumah saya ni, kalau selalunya ayammmm la sampai 3-4 ekor untuk seminggu.Kalau tulang tu memang ada jugaklah kadang-kadang.Udang, sotong tu kalau kebetulan fresh dan harga tak terlalu kayangan memang en.asben akan beli.Kat rumah ni selalunya memang menu ayam je la yang asyik ulang siar sebab anak-anak memang suka makan ayam.Tak tahulah budak-budak dengan ayam ni berpisah tiada.Tapi anak-anak yang besar makan je lauk-lauk lain, budak seketoi si Maisarah tu la agak cerewet.Kebetulan memang ada tulang lembu dalam peti ais, saya rebus la tulang dan perut (rebus periuk asing la 😉)dah empuk tu saya masukkan sedikit perut ke dalam tulang untuk buat sup (mee celup)alah mee celup tipu-tipu je pun tak beriya sangat dengan kangkung, kacang tumbuk pun tak ada.Asal kuah sup ada rasa mee celup je pun.Puasa tahun ini memang selera makan agak berkurangan.Kalau biasanya time berbuka agak berselera juga menjamah nasi, kalau bersahur tu memang la kurang selera.Tapi tahun ini waktu berbuka pun nasi sekadar alas perut je, makan kuih-kuih/dessert siket, minum air dah rasa kenyang.Memang slim river la raya nanti heheh.Ada ke di kalangan pembaca blog ni yang sama dengan saya?Ramadan tahun ini kurang selera makan?Nampaknya saya tak keseorangan hehe.
Panjang betul cerita yang tak ada kena mengena dengan topik,okeylah berbalik kepada cerita perut lembu tu, bila dah empuk, saya ambil sebahagian untuk buat perut ais asam, selebihnya saya simpan dan buat perut goreng kunyit keesokan harinya.Jadi 2 menu ini adalah untuk hari yang berbeza.Perut air asam menu hari ahad bersama mee celup dan perut goreng kunyit menu kelmarin (Isnin)
- Satukan bawang merah, cili padi, belacan (hancurkan)lenyek-lenyek, dan air asam jawa.
- Masukkan hirisan buah tomato.Seimbangkan dengan garam dan perasa.
- Masukkan air rebusan perut lembu.Masukkan perut lembu dan akhir sekali perahkan jus limau nipis.
- Perut air asam akan jadi sedap bila seimbang rasa masam, masin dan pedas.Selamat mencuba.Tiada video tutorial dan gambar pun snap guna handphone sahaja
- Perasakan perut lembu dengan sedikit garam dan kunyit.
- Panaskan sedikit minyak.Masukkan perut lembu, goreng sekejap sebab perut lembu dah direbus dia nampak basah-basah sedikit.
- Bila nampak air dah kering.Masukkan hirisan bawang holland dan cili merah/hijau.
- Letak sedikit mushroon seasoning/perasa.Gaul rata.Apabila bawang agak layu.Tutup api.Perut babat goreng kunyit siap!
0 comments