Assalamualaikum...
Pernah makan laksa goreng?Bagi sesetengah orang tak pelik sangat sebab pernah makan, tetapi bagi mereka yang belum pernah merasa mesti rasa pelik...laksa?goreng?bukan kena makan dengan kuah ke?Sebenarnya laksa goreng ni kalau di utara memang agak biasa tapi di negeri-negeri lain saya tak pasti sama ada makanan ni wujud atau tak hehe?Saya selalu juga buat laksa goreng tapi tak buat video.Masak cepat-cepat dan makan je.Bila ada kerajinan baru buat video.Kesnya macam ni, saya ada beli laksa tapi malas betul nak buat kuah 😆.Kebetulan ada kerang kat rumah buatlak laksa goreng style kuew teow tu letak isi ayam siket dan kerang.Kalau ada yang nak mencuba laksa goreng ni tapi tak ada laksa boleh guna kuew teow, atau mi kuning.Boleh je mana-mana pun.Cumanya kalau guna laksa rasa/tektur dia kenyal-kenyal siket.Resepi laksa goreng ni simple sahaja dan sangat cepat disediakan.Jadi kalau nak buat untuk berbuka atau bersahur memang sesuai.Kalau time raya nanti ada lebihan laksa tapi kuah dah habis, boleh buat laksa goreng pulak.Barulah tak membazir kan?
- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan isi ayam dan tumis sekejap.Kemudian masukkan kerang dan fish cake.Gaul rata.
- Masukkan sos tiram, sos cili, kicap lemak manis, kicap cair dan kicap pekat (kicap pekat supaya warna lebih gelap, jika tiada boleh skip je cuma nanti laksa goreng nampak pucat).
- Masukkan laksa (lina pg guna laksa basah), gaul rata laksa dengan bahan tumisan.Tolak laksa ke tepi sedikit, pecahkan telur dan biarkan telur set sedikit.Barulah gaul bersama laksa.
- Masukkan sayuran tauge dan kucai (atau apa sahaja sayur kegemaran)Gaul sekejap.Boleh tutup api supaya sayuran tak terlalu lembek.Akhir sekali taburkan hirisan cili merah untuk hiasan.Laksa Goreng dah siap.Selamat Mencuba.
1 comments
slmt berpuasa lina
ReplyDeletewah menarikk laksa goreng dan nampak sedap
blm penah try ni