Mee

Laksa Goreng Sedap Tau

By LiNa_Pg - Wednesday, March 29, 2023

 Assalamualaikum...

Pernah makan laksa goreng?Bagi sesetengah orang tak pelik sangat sebab pernah makan, tetapi bagi mereka yang belum pernah merasa mesti rasa pelik...laksa?goreng?bukan kena makan dengan kuah ke?Sebenarnya laksa goreng ni kalau di utara memang agak biasa tapi di negeri-negeri lain saya tak pasti sama ada makanan ni wujud atau tak hehe?Saya selalu juga buat laksa goreng tapi tak buat video.Masak cepat-cepat dan makan je.Bila ada kerajinan baru buat video.Kesnya macam ni, saya ada beli laksa tapi malas betul nak buat kuah 😆.Kebetulan ada kerang kat rumah buatlak laksa goreng style kuew teow tu letak isi ayam siket dan kerang.Kalau ada yang nak mencuba laksa goreng ni tapi tak ada laksa boleh guna kuew teow, atau mi kuning.Boleh je mana-mana pun.Cumanya kalau guna laksa rasa/tektur dia kenyal-kenyal siket.Resepi laksa goreng ni simple sahaja dan sangat cepat disediakan.Jadi kalau nak buat untuk berbuka atau bersahur memang sesuai.Kalau time raya nanti ada lebihan laksa tapi kuah dah habis, boleh buat laksa goreng pulak.Barulah tak membazir kan?

resepi laksa goreng, resepi laksa, laksa nak masak apa, idea berbuka puasa,laksa masak apa sedap, laksa apa sedap,
bahan simple je sedikit isi ayam, fish cake dan kerang.Sayur tu letak sayur apa pun.Saya cuma letak kucai dan tauge siket

Resepi Laksa Goreng Simple Dan Sedap
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
500g laksa
5 ulas bawang putih (tumbuk/chopped)
1 sb cili kisar
Sedikit isi ayam (udang/daging atau apa sahaja)
Kerang
Fish cake
4 sb sos tiram
1 sb sos cili
4 sb kicap lemak manis
1 sb kicap cair
Sedikit kicap mee/atau kicap pekat (untuk warna lebih gelap)
2 biji telur
Sayuran (tauge/kucai)
Hirisan cili merah
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih hingga garing, masukkan cili kisar, tumis hingga pecah minyak.
  2. Masukkan isi ayam dan tumis sekejap.Kemudian masukkan kerang dan fish cake.Gaul rata.
  3. Masukkan sos tiram, sos cili, kicap lemak manis, kicap cair dan kicap pekat (kicap pekat supaya warna lebih gelap, jika tiada boleh skip je cuma nanti laksa goreng nampak pucat).
  4. Masukkan laksa (lina pg guna laksa basah), gaul rata laksa dengan bahan tumisan.Tolak laksa ke tepi sedikit, pecahkan telur dan biarkan telur set sedikit.Barulah gaul bersama laksa.
  5. Masukkan sayuran tauge dan kucai (atau apa sahaja sayur kegemaran)Gaul sekejap.Boleh tutup api supaya sayuran tak terlalu lembek.Akhir sekali taburkan hirisan cili merah untuk hiasan.Laksa Goreng dah siap.Selamat Mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 comments

  1. slmt berpuasa lina
    wah menarikk laksa goreng dan nampak sedap
    blm penah try ni

    ReplyDelete