Resepi Pucuk Paku Goreng Budu

By LiNa_Pg - Wednesday, March 29, 2023

Assalamualaikum...

hai semua kalau masih buntu belum ada idea nak masak untuk berbuka dan kat rumah ada sayur pucuk paku, boleh cuba sayur pucuk paku goreng budu.Budu tu tak la banyak sangat pun sekadar buat 'ngaso-ngaso' orang kata.Tak terlalu masin, jadi kena tambah sedikit sos tiram atau kiub barulah padu.Resepi sayur pucuk paku jenis bergoreng macam ni kalau menurut saya lebih sesuai makan dengan lauk kering, ikan goreng dan juga ulam.Kalau lawan lauk berkuah hilang pulak kenikmatannya tu 😉 

Okeylah tanpa buang masa, kita terus saja semak resepi pucuk paku goreng budu.

sayur pucuk paku nak masak apa, resepi pucuk paku, pucuk paku goreng simple, resepi pucuk paku goreng budu,

resepi pucuk paku goreng budu
by Malina Lina Pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan A (kisar/tumbuk)
1 sb udang kering (rendam hingga lembut)
2 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
2 biji cili merah (buang biji)
2 biji cili padi

Bahan Lain
2 ikat pucuk paku
1 sb budu
1 sb sos tiram
sedikit kiub ikan bilis (lina pg masukkan ~1/2 sahaja)
Air
Minyak

Cara-Cara
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar/tumbuk hingga garing.Masukkan pucuk paku.Gaul rata.
  2. Masukkan budu, sos tiram dan air.Kacau sebentar.Seimbangkan rasa.Lina pg masukkan sedikit kiub ikan bilis.Gaul rata.Tutup api.Pucuk paku goreng budu siap.Selamat Mencuba

Note:
Dalam video ini lina pg menggunakan mini chopper.Jika berminat boleh beli TikTok Shop Malina Lina Pg.Tak mahal pun ada pembeli dapat beli dengan harga RM10++ sahaja .Walaupun harga asal lebih kurang RM15 agaknya pengguna baru atau beliau dapat voucher dari TikTok.

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Sedapnya bubuh budu, tak perlu masuk garam lagi dah. Cukup rasanya dengan tambahan sedikit kiub ayam dan sos tiram.

    ReplyDelete