Assalamualaikum...
Sekarang ni musim hujan, tambahan cuti sekolah, anak-anak mesti sentiasa lapar je kan?Kalau buntu tak tahu nak masak apa untuk alas perut, bolehlah cuba maggi goreng ni.Bahan pun tak banyak dan boleh masukkan apa sahaja bahan yang ada dalam peti ais.Dah namanya pun simple saya cuma masukkan sedikit isi ayam dan sosej sahaja.Itupun dah cukup sedap bagi kami sekeluarga.Kalau ada sotong,udang lagilah rancak maggi goreng ni.
Pagi ni rasa tepu siket tak tahu nak karang apa dah.Jom lah kita semak resepi maggi goreng ni.Video maggi goreng ni dapat sambutan sangat hebat di tiktok dan IG.Di tiktok dapat 1M view hanya dalam 1 malam sahaja.Manakala di IG slowly mendaki dan 800K views.Di YT macam biasalah agak slow sedikit tapi tidaklah sampai level krik..krik haha.Bagi yang ada applikasi TikTok dan IG meh la follow saya (malina lina pg) sama je untuk semua med sos saya.Cuma sekarang ni saya tidak aktif di FaceBook (tak sempat nak kampoi semua)
bahan ringkas, cara mudah dan sedap.Masak megi je pun 😂- Panaskan sedikit minyak, tumis bawang putih cincang hingga garing, masukkan cili kisar tumis hingga pecah minyak.
- Masukkan dada ayam/isi ayam dan sosej (boleh guna apa sahaja udang, sotong dan lain-lain).Tumis sebentar hingga isi ayam separuh masak (nampak putih-putih sedikit)
- Masukkan perencah maggi (lina pg guna 1+1/2 sachet sahaja buat ngaso-ngaso sahaja kang takut masin pulak), gaul rata dengan bahan tumisan.
- Masukkan bahan sos, batang sawi, kacau sebentar.Kemudian masukkan telur kacau-kacau sekejap.
- Seterusnya masukkan sayur sawi (bahagian daun) dan maggi yang telah dicelur.Gaul sebati dah siap.Mudah, senang dan sedap.Selamat Mencuba
0 comments