Ada roti nak expired, jangan buang jom buat pizza roti gulung

By LiNa_Pg - Tuesday, March 21, 2023

 Assalamualaikum...

Kembali bersiaran, macam mana dengan pembaca blog TMK di luar sana?okey ke tu?Hari ni merupakan hari kedua seisi persekolahan untuk 'tahun baru' walaupun tahun masih sama 2023 tapi anak-anak sudah bertukar kelas dari sekolah rendah ke sekolah menengah dan ada yang naik kelas.Semoga dipermudahkan segala urusan mak-mak dan anak-anak semua.

Okeylah tinggal 2 hari je lagi (hari ini dan esok) kita akan menyambut kedatangan ramadan, barulah sedar diri masih banyak resepi-resepi yang belum update dalam blog TMK ni.Kalau kat rumah masih banyak roti yang nampak gaya tak habis nak makan tu, apa kata buat pizza roti kali ini kita buat style gulung pulak.Nak makan pun senang ambil seketul-seketul dari gulungan roti tersebut.Makan panas-panas memang sedap sangat main tarik-tarik cheese.Resepi roti piza ni sangat guna bahan yang minimal sahaja iaitu sosej, sos pasta dan cheese.Kalau nak tambah bahan lain pun boleh tak jadi masalah.Asalkan sedap di tekak masing-masing.

simple sahaja tapi sedap tau

Resepi Pizza Roti Gulung
by Malina Lina Pg
Bahan-bahan
roti gardenia secukupnya
sosej secukupnya (celur/rebus sekejap)
Sos pasta secukupnya
mozarella cheese secukupnya

Cara-Cara
  1. Sapu roti dengan sos pasta (roti tak perlu digelek).Letak sosej dan gulung roti tersebut.
  2. Potong roti gulung tadi anggaran 2cm (ketebalan bergantung citarasa masing-masing).
  3. Susun potongan roti (gulung)tadi ke dalam bekas tahan panas, jika ada lebihan sosej, susun ke atas roti.Sapu dengan sos pasta dan tabur mozarella cheese.
  4. Bakar pada suhu 160'c selama 12min (suhu dan tempoh membakar bergantung kepada oven masing-masing) Asalkan cheese mencair dan roti nampak sedikit garing.
  5. Pizza roti gulung sedia dinikmati.Untuk video tutorial sila tonton di YouTube Malina Lina Pg

  • Share:

You Might Also Like

1 comments