resepi puding santan roti tawar | agar-gara roti bersantan mudah dan sedap

By LiNa_Pg - Thursday, March 30, 2023

 Assalamualaikum...

Hari ini saya nak share satu resepi dessert yang sangat mudah tapi sedap.Nak buat pun sangat cepat.Masukkan je semua bahan tunggu mendidih kejap dan siap cuma tunggu puding keras je.Rasanya pulak sedap lemak-lemak manis.Macam best je kan bunyinya..Alah puding santan roti tawar atau roti putih je pun.Ni kesnya bila beli roti tak selalu tak habis makan, dari membazir atau terbuang gitu aje, baiklah buat sesuatu..eh bila buat puding gini laju pulak pakat makan...sekejap je dah habis.

Roti putih tu atau roti gardenia jangan buang bahagian tepi tau, nanti bila masukkan ke dalam agar-agar nampak menarik kerak/tepi roti tu.Ada kombinasi warna.Kalau buang bahagian tepi nanti semua nampak putihhhh je tak cantik.Lagipun tak membazir kita guna keseluruhan roti.

puding santan roti tawar, agar-agar santan beroti, agar-agar roti santan,puding santan, puding roti mudah dan sedap, roti nak buat apa, resepi olahan roti,

Nampak tak bahagian tepi bagi effect cantik dalam puding/agar-agar.Nampak menarik kan?kalau ada roti tak habis makan boleh la cuba.

puding santan roti tawar, agar-agar santan beroti, agar-agar roti santan,puding santan, puding roti mudah dan sedap, roti nak buat apa, resepi olahan roti,

Sekali sekala beliau rajin posing banyak pose.Biasa tu snap sekeping dua dah siap hehe

Puding Santan Roti Tawar
by malina lina pg https://linapg.blogspot.com/
Bahan-bahan
10g agar-agar serbuk
5 keping roti tawar/roti gardenia
1000ml santan (lina pg guna santan 400ml+air 600ml)
3/4 cawan gula pasir (suka manis boleh letak 1 cawan)
Garam
esen vanilla (boleh skip jika tiada)
daun pandan

Cara-Cara
  1. Potong/gunting roti kepada beberapa bahagian.Saiz potong terpulang kreativiti masing-masing.Masuk potongan roti ke dalam mangkuk yang besar.Ketepika sebentar.
  2. Sedikan loyang (lina pg guna loyang 8x8in) ambil sebahagian daripada potongan roti tadi dan susun ke dalam loyang.Ketepikan sebentar.
  3. Sediakan periuk, masukkan agar-agar serbuk, gula pasir, santan, garam, esen vanilla dan daun pandan.Masak semua bahan hingga mendidih.Setelah mendidih, keluarkan daun pandan.
  4. Masukkan baki roti ke dalam adunan agar-agar/puding.Tekan-tekan sedikit supaya roti tenggelam.Apabila roti dah sebati dengan adunan agar-agar.Tutup api.
  5. Tuang ke dalam loyang berisi susunan roti tadi.Sejukkan sebentar, kemudian masukkan ke dalam peti ais hingga puding mengeras (anggaran 3-4 jam).Kemudian bolehlah potong mengikut kreativiti masing-masing.

  • Share:

You Might Also Like

0 comments