Salam...
Semenjak dua menjak ni tuko selera Itali lak, ni sebenornya menu dinner smlm. Mmg sengaja wat 1bungkus, bleh la anak2 bawa bekal gi skool pagi esoknya. Penni pasta ni pilihan Nisa. Hmm kali ni try wat tomyam lak.Kalau selalu tu bolognise jer boring gak kan. Tuko selera lak bagi rasa masam, pedas..barulah asia sket. Resepi ni amek dari buku masakan. Memamng sedap n kena ngan taste anank2 n my laling
salam...
Jambangan munge ni datangnya dari yatie sempena follower blog dia mencecah 1000 org beberapa hari lepas. Lambat sket gantung, amek dah lama tapi simpan dalam pasu dulu seb baik tak layu hik3. TQ yatie, semoga persahabatan terus berkekalan
Dah lama dapur TMK ni tak berasap. Nak kata bz sangat tu tak la juga, bby tak sihat tu ye la juga.Tapi kemalasan tu yang susah nak ubat...semalam gi jenjalan kat supermarket, mana lagi kalau bukan Sunshine tempat peberetku membeli belah barang dapur.Punya la ramai org yang membeli dan tak blah2.Malas nak window shop'g kat tingkat atas, terus jer ke basement beli barang2 dapur. Pusing2 kat bawah tu Nisa soh beli pasta/macaroni. Tiba2 terpandang lak lasagna. Terus amek,pada hal tak pernah wat pun.Main agak2 jer la nnt, pastu amek daging kisar, sos pasta, sambar gak la cis.Dlm kepala mesti guna cis.Pastu xtau dah nk amek bahan pe lagi.Dlm paler ok lah kalau ada yang basic pun jadilah, karang balik umah taram jela..
Sampai kat umah mulalah men'google' cari resepi lasagna ni. Jumpa kat myR, nmpk sedap n agak senang nak wat. Bila Maisarah tido terus on projek ni. Agak kelam kabut gak, sebab nak sediakan kuah n sos cis. Seb baik mylaling n Nisa tulun, cepat sket kije.Sekali sekala layan selera Italian plak, sedap gak kan?Jom tengok resepi
(Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)-sy gn capsicum
Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan
5batang carbstick (sy tambah)
Cara-cara
Panaskan oven 180 C( 150'C)
Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
Sediakan sauce pan, panaskan.
Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut)
salam...
Lama jugak TMK ni tak bersiaran, bz sket ngan macam2 hal. Sejak dak kecik demam selalu dok merengek terutamanya belah malam, dia xleh tido sbb hidung tersumbat. Bila letak ubat titis yang diberi oleh klinik barulah dia bleh tido. Ubat titis tu pun bukan bleh guna selalu.
Alhamdulillah sekarang ni Maisarah dah baik demam, tapi selsema tu cam degil sket, xmo baik2 lagi. Sampai ari ni bby kena makan ubat lagi.Sian bby kecik2 dah macam2 ubat masuk dlm badan.Pastu ada kawan saya cik ani redah ajer bagi petua sapu kunyit yang dicampur dgn sedikit minyak masak dan panaskan atas api. Pastu sapu kat hidung dan bhgn tepi hidung bby. Saya pun cuba gak la petua. Semoga bby cepat baik dari selsema
ngah syok layan tv, jam nk dekat 10.30pm, mata dok bulat lagi..
salam suma . . .
Demam? sapa yang demam? hmm sapa lagi dak kecik maisarah la..semalam elok2 jer sblom tido dok main2..yang seronok tu semalam dia dh pandai sebut abah..hepi jer abah dia, mama tak sebut plak.Pagi tadi dlm kol 1am gitu Maisarah cam susah nak bernafas, hidung dia tersumbat. Pegang kepala dah panas dah, seb baik dlm esbok ada ubat demam yang klinik bagi masa pi injek bulan lepas. bagi je la ubat tu. pas bagi ubat,dukung2 sat barulah dia tido blik.
Pagi tadi pas anto kakak gi skool, bawa Maisarah gi klinik..doktor kata demam tak teruk sangat, cuma selsema agak teruk sebab tu bby ssh nak bernafas, seb baik tadak kahak jer.Kalau tak kena sedut gas lagi la jwbnya. Kesian bby.
salam suma dah nak tido ke? kite baru nak tepek n3..bukannya bz ngan apa pun..juz tido kan maisarah dulu, pastu hadap netbook ni sat...munge rose merah ni pemberiankak rosalizasempena besday dia kemarin..
salam...
selamat berhujung minggu suma, hari ni 23Januari merupakan hari lahir kakakku yang tersayang kak rosaliza (Embun rosaliza).Satu-satunya kakak yang say ada.Ulang tahun ke berapa? tu kena tanya tuan badan la kan..semoga akak sentiasa sihat, murah rezeki,diberkati dan bahagia selalu disamping family tersayang.
apa yang 6bulan sudah? hmm..apa lagi dak kecik Maisarah la..ari ni genap 6 bulan. Lambat tul mama dia nak boh n3. Bz la kunun, bz wat pe ntah. Pagi tadi pas anto si kakak Nisa gi skool, abah dah tapau nasi lemak..ala nasi lemak yang singgit tuh..mesti u olls kata tak masak arr tuh. Pagi ni masak gak tau, wat moi untuk Maisarah. Korang tau tak moi tu apa? moi tu panggilan org utara utk bubur nasi kosong jer,pastu blend halus.Maisarah dah pandai makan walaupun yang masuk mulut dan yang meleleh kuar tu sama banyak.xpe pestaim la kan?
Mesti korang ingat nk tunjuk gambo moi kan?hahaha tunjuk muka dak kecik..pic ni snap kat ladang anggur ari tu..
salam...
nak stori sket la pasal anggur ni, ari rabu lepas saya dapat e-mail yang di 'foward'kan kepada saya tentang ladang anggur ni. Wow agak teruja gak la ada ladang anggur di yan Kedah. Setahu saya ladang anggur cuma ada di empangan Timbang Timah Tasuh Perlis. Kalau Kedah tu dekat sket la..memandangkan esok cuti Thaipusam, boleh la kami ke sana. My laling pun ok gak ngan plan ni, so terus 'on' jer..
Ladang agak jauh jugak la dari highway, kalau dari Penang, kuar exit Gurun, menghala ke Jeniang dan terus ke Sik, pastu ikut Galau. Terus jer sampai jumpa signboard ladang anggur.Kami cuma berpandukan signboard jer utk ke sana.Alhamdulillah tak sesat..memandangkan ari ni merupakan hari bekerja bagi negeri Kedah, jadi tak la ramai pelawat..best gak tak ramai orang..Bayaran masuk RM3 utk dewasa dan RM1.50 utk kanak2, bby Maisarah tak kena la.Buah anggur segar dari ladang dijual..RM12.50 sekilo. Beli gak la bukan senang nak dapat anggur segar dari ladang ni..sayang sekali tak leh petik sendiri, kalau berpeluang petik sndiri lagi best rasanya..
Ladang anggur ni agak luas juga dan kemudahan asas yang cukup bagus..surau dan tandas yang bersih. bagi sesiapa yang nak berkunjung ke sini jgn risau telekung(yang bersih) dan sejadah juga disediakan oleh pihak pengurusan.Jom tengok pic yang sempat dirakam oleh lensa kamera kami
abanglong ngan kakak xmo joint..mama,abah n bby jer la posing
Boleh pegang2..jangan petik2 nnt kena marah hahaha
bby ngan abah..bby xmo pegang anggur pon..
abanglong ngah control macho..
mama pun agak jakun tak pernah tengok buah anggur segar dari ladang..
tengok la saya dah penat ni..muncung jerr..nak titon la tu
bila anak2 xnak posing..abah snap la gambo buah anggur ni
kaler ijo lak
ni plak anggur hitam tp maroon la..
suke pic ni sebab ada daun sekali
yang ni baru betul2 anggur hitam
ni la tasek Beris..cantik gak view kat sini
dah naik kete baru teringat nk snap pic kat signboard ni
salam siaran...pekaba suma? Hari ni rmai yang bercuti sempena Hari Thaipusam. Hari ni kami nak kuar jalan2 jap lagi. Tapi sempat gak jengok blog dulu hehehe..ingat nak membalas jejak, pastu baca msg dr wachak. Dia tulun createkan header yang cantik ni TMK. Amacam cantik tak? saya suka sangat..ngan kaler pink2 n tulisan ala2 jawi..mmg kreatif sangat..
Terima kasih banyak2 ya wachak..jom kita pakat2 terjah blog wachak
salam . . .
Hari ni 17Januari merupakan hari lahir anak sulungku Wan Danial Hazim. Danial suma org tahu itu nama nabi dan Hazim pula membawa maksud bijak, tegas dan cermat.Dah besar anak mama ni..Abanglong ni agak pendiam dan pemalu sket orangnya.Semoga abanglong menjadi anak yang soleh, taat dan menghormati mama dan abah dan juga abang yang baik kepada adik2nya.Selamat Hari Lahir abang long..mama,abah,adik nisa dan bby sayangkan abanglong..
nak upload pic abglong xleh plak..dok blink2 jer..xpe la tepek gambo bear je la
Salam . . .
Tak ke mana2 ke ari Sabtu ni? Kami kuar jugak tapi sat saja, cuma setelkan beberapa urusan pastu terus blik umah. Memula ingat nak meronda gak tp Nisa kurang sihat lak..makan pun tak berapa selera.So terbantut la agenda ronda2.Blik umah baby n kakak tido..hmm boring la plak, tengok ada roti expired date ari ni, so buat la puding roti ni..dalam tak sihat tu, makan pulak si Nisa ni..empunya resepi ni kak rosaliza..tp telah kudurhaka sesuka hati, tak pe kan akak..nnt raya cina minta ampun kih3...
Nama puding ni dalam surat beranak kak rosa ialah Puding Telur Beroti tp haku dh angkat sumpah tuko nama Puding Roti Karamel Embun Rosaliza
Sumber Asal : Kak rosaliza Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia (sy gn 6 keping-stok clearance)
~ 3 biji telur - (sy gn 4biji)di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam (1cwn susu cair+1cwn air suam)
~ 1 cawan arcopal susu pekat manis (3/4 cwn pun bleh-adjust ikut taste)
~ esen vanilla (1sk)
Cara-Cara:
Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan.
Panaskan pengukus,Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
**Note: saya campurkan suma sekali dan blend halus, pastu tuang ke dlm loyang gula hangus**
walaupun rupa tak berapa nak lawa tp pudding mmg sedap..lemak manis gitew
rupa paras sebelum dipotong..dah kena gelombang tsunami..
salam ceria di pagi Sabtu kawan2..dah bekfast ke? kami bf ngan roti cana jerr..bukan homemade, kedai mamak made hehehe..pagi ni baru berkesempatan tgk blog..sari dua ni agak bz sket..bila free rajin la sket membalas jejak, ada la satu msg dari Ask soh amek award kat blog dia. Award spesel utk kite sorang je ni..org lain jgn jeles tau....khas utk linapg sahaja..hehehe bangga nih..TQ2
cute kan ada penguin..Jom pakat2 singgah ke blog Ask .
salam..
syiling terbelah? camana tu? ada yang pernah tengok dan ada juga yang langsung tak pernah lihat duit syiling 50sen yang terbelah ni.Duit syiling ni memang susah nak jumpa dah sekarang ni. So bila terjumpa saya terus simpan..Jom tengok rupa paras duit syling ni. kalau yang dah biasa tengok tu tutup mata je la..tak yah tengok ek hehehe
syiling 50sen keluaran tahun 1967..syiling antik dah ni
ni la rupa paras side view duit syiling yg seakan terbelah
Salam ceria di pagi sabtu, dah bf ke suma? ari ni kami bf ngan cucur roti ajer. Plan asal nk wat roti sosej roll tp roti cuma ada 4keping jerr tak cukup la untuk kami anak beranak.Hmm..wat je la cucur roti ni.Sedap gak sedap ada daging kat dalam tuh. Kalau ada yang nak resepi bagitau la ya..agak malas nak menaip ni..
Bahan-Bahan:
4 keping roti putih
2 cawan tepung gandum
1 cawan susu cair(kalau xde boh air jer)
1 cawan air
2 cawan daging cincang/kisar/dgg burger
1 labu bawang besar (potong dadu)
2 biji cili merah ( dadu )
2 biji cili hijau ( dadu )
1 biji telur
Garam/kiub ikan bilis
1 sk baking powder (xboh pun xpe)
Cara-cara:
Rendam roti ngan susu cair dan air hingga kembang.
Blend roti, telur, garam, baking powder hingga hancur
Masukkan daging cincang.Gaul sebati
Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga adunan boleh dibentuk.
Masukkan bawang besar dan cili.Biarkan sebentar (dlm 10min) supaya baking powder bertindak balas.
Goreng hingga kuning keemasan.Sedap dimakan ngan sos cili
Alhamdulillah rezeki TMK di tahun 2011 ni, tadi lepas setel urusan anak2 ke sekolah, barulah berkesempatan utk jengok blog ni jap..tangan ni pun cam gatal jer nak buka nuff, bukan apa saja nak tengok analytical tu berapa org visitor yg berkunjung..pastu klik kat earn nuff ada naik sket..alhamdulillah rezeki la tu, tiba2 nmpk ada satu Buffer Earning..teruja gak la, rezeki tahun baru ni. Terima kasih daun keladi nuff, kalau boleh bagi la lagi hik3..juga terima Nokia C5..
salam...
selamat berhujung minggu suma, esok anak2 akan memulakan sessi persekolahan untuk tahun baru..msti ramai yang tak sabar nak kembali ke sekolah kan?camana persiapan suma dah setel ke?Dan yang pasti esok mesti ramai ibu bapa yang mengambil cuti untuk menghantar anak3 ke sekolah terutamanya yang nak masuk ke darjah satu...
Panjang lebar lak mukaddimah, hmm tadak menda nak post la ni, memandangkan ari ni free sket tepek gak la gambo. Cam biasa la kalau jjcm tuh snap ngan enpon jerr, ni saja2 nak bagikak rosalizatuh ngences tgk siput belitung masak lemak hahaha..
kak rosa meh la jln2 cr mkn kat png..bleh pi mkn kat tempat ni..
selamat tahun baru 2011 suma, n3 pertama di tahun baru..ni baru balik dr jenjalan cari mkn, br sempat nk tengok blog..terima kasih pada suma tetamu TMK.Jambangan munge ni datangnya dari kaknor secubit garam untuk suma follower blog dia. Sapa2 yg dh follow tuh bleh la gi angkut ya. Tapi jangan lak angkut red roses tuh, yang tu spesel untuk follwer ke-1000 (love2cook).Terima kasih ya kaknor..cantik munge ni.Semoga kaknor terus menyumbangkan resepi2 yg hebat.Blehlah kami pi cedok hik3..