Assalamualaikum...
Hari Isnin lepas kebetulan en suami bercuti (replacement untuk public holiday) dan anak pulak ke sekolah.Jadi kami mengambil kesempatan ini untuk menonton wayang Takluk Lahad Datu.Kalau kebiasaannya kami akan menonton sekeluarga tetapi disebabkan filem ini ada scene yang agak mengerikan jadi kami pergi berdua sahaja.Untuk filem Sheriff walaupun berada dalam katogeri 16+ kami tetap membawa dak Maisarah bersama.Cuma yang ini kami cuma berdua.
Takluk Lahad Datu adalah filem berdasarkan kisah benar yang terjadi di negara kita.Masih segar dalam ingatan Kejadian Krisi Pencerobohan Lahad datu yang berlaku pada tahun 2013.Mungkin kak Amie Little Kitchen lebih arif tentang issue ini saya cuma mengetahui melalui media massa sahaja.
Okey berbalik kepada movie Takluk Lahad Datu, ramai yang mempertikaikan kenapa tidak ada campur tangan pihak tentera kita ATM dalam movie ini hanya ada pihak polis iaitu PDRM (Komando 69) Ya kerana movie ini hanyalah di bahagian intro sahaja iaitu di awal pencerohonan sebab itu namanya TAKLUK bukan Ops Daulat.Pihak ATM ambil aleh untuk Ops Daulat.
Saya tertunggu satu scene pengg*l kepala (yang berlaku di ladang sawit) dalam movie ini tetapi scene itu tidak ada.Mungkin pengarah tidak mahu terlalu banyak scene sedemikan kerana scene tersebut sudah ada di kampung air.Kejadian itu sangat mengerikan, walaupun kami cuma menonton movie tetapi memang meremang dan rasa sedih, marah membuak-buak betapa ganasnya pengganas ini.
Apa yang best ialah filem ini tidak ada scene yang tidak perlu, tidak ada scene flash back atau apa-apa sahaja yang tidak perlu.Hanya sedikit selitan keluarga beberapa watak utama.Itupun sekejap sahaja.
Apabila saya tengok salah satu cast ialah Kamal Adhli ish biar betul, okey ke Kamal pegang watak aksi macam ni?Rupanya pemilihan watak semua tepat, cuma sepanjang saya tonton filem ini, saya perasan Zarul Husin (Zarul Umbrella) juga berlakon tetapi sepanjang tayangan filem ini satu patah perkataan pun tiada dari Zarul, kiranya memang tak ada dialog langsung.Oh rupanya dialog beliau tidak mendapat kelulusan terpaksa dipotong.
Haa mesti ramai yang dah tahu kan Shafiq Kyle memang mengungguli carta filem aksi tahun ini, semua dia sapu Polis Evo 3, Sheriff, dan sekarang Takluk pula.Memang best dan watak aksi sangat sesuai dengan Syafiq walaupun muka comel-comel je tak ganas tetapi sesuai untuk dia.Ada satu scene di mana Syafiq bagi speech/brief dalam di balai raya kampung memang meremang, kita yang dengar pun bersemangat.Padu betul scene tersebut.Menurut Syafiq yang di hadapan itu sahaja pelakon, selebihnya adalah betul-betul anggota/pegawai polis yang sebenar.
Tulis panjang-panjang ni ada ke yang baca sampai habis?Best ke tak?Bagi saya ini adalah filem aksi terbaik setakat ini.Saya memang penggemar filem patriotik dan genre aksi macam ni.Memang saya akan tengok wayang walaupun nanti akan keluar di Netlix.Polis Evo 1 2 3, Paskal, Air Force One, Malbart, Sheriff apa lagi..semua saya tonton di pawagam tetapi satu pun satu tidak review.Filem Takluk best among the best.Saya bagi 10*, jika ada kelapangan pergilah tonton semoga kita lebih menghargai barisan hadapan perwira negara kita yang berkorban demi mempertahan tanah air kita dari di takluk oleh pihak musuh.Al fatihah buat semua wira negara.
Kiriman Dari Lahad Datu - Terima Kasih Kak Amie (Amie Little Kitchen)
Assalamualaikum...
Hai semua beberapa hari tak bersiaran agak sibuk sedikit dengan hal keluarga.Hari Sabtu pun anak ada aktiviti di sekolah tak sempat nak jengok dapur maya nan satu ini.
Bingkisan dari Lahad Datu ni saya terima pada hari Jumaat lepas.Masa tengah pick up Maisarah dapat call dari gdex kata ada barang.Nasib baik abang long ada kat rumah dialah tolong ambilkan.Dah unboxing kiriman dari kak Amie snap gambar siap-siap.Hari ni baru berkesempatan untuk menulis dalam blog.Simpan kenangan pemberian sahabat blogger saya.Terima kasih kak Amie semoga dimurahkan rezeki selalu.
Mesti ada yang tertanya-tanya hadiah sempena apa ni ek?Sebenarnya ini hadiah untuk teka teki di blog kak Amie.Kak Amie minta teka harga buah rambutan dalam bakul yang dibeli dari rakan setugas beliau.Saya ni pulak kalau blogwalking (BW) ke rumah (blog) kawan-kawan selalunya saya akan tinggalkan komen.Memang begitulah kami ni blogger saling kunjung mengunjung dan saling komen untuk memeriahkan suasana.Saya cuma komen sekadar tinggalkan jejak bila BW.Tak sangka pulak kak amie buat teka teki tu ada hadiah yang disediakan.Dan inilah hadiahnya.T-shirt TAWAU lembut je kainnya dan selesa
ini pulak antologi anekdot.Antalogi cerpen la kot sebab kat dalam ada ramai penulis.
Siap ada autograf dari kak Amie...
Terima Kasih AMIE LITTLE KITCHEN
20hb Jan 2021 - Hari Pertama Seisi Persekolahan Secara PdPR PKP 2.0
Assalamualaikum...
Hai semua hari ni anak-anak dah mula bersekolah.Bagi saya sekolah online ni membuatkan mak-mak bertambah sibuk sebenarnya berbanding dengan hantar ke sekolah dan tunggu hingga tamat waktu persekolahan.Walaupun tak perlu terkejar-kejar bersiap untuk hantar dan ambil anak dari sekolah tapi tugasan anak-anak tu mak dan mamalah yang kena tengok-tengokkan.Kalau dak maisarah ni waktu belajar okey lah tapi bila kuiz ke apa mulanya panggil talian hayat hahaa...Maka mamanya kenalah 'sekolah' sekali dengan dia.Time tu nak buat apa pun tak boleh hinggalah tugasan tu selamat 'SUMBIT' lagi pening kepala sebab silibus zaman ni membuatkan si mama pun stress.Jenuh buka buku teks untuk faham dulu sebelum boleh ajar/explain dengan si anak.Tahun 2021 ni lagi mencabar sebab buku teks pun tak sempat diambil dari sekolah, bukan buku teks jer tau buku tulis pun tak sempat nak beli.Koperasi sekolah baru buka sehari lepas tu tutup sebab PKP dah hades...Mujurlah baju, kasut semua sempat jugaklah beli sepasang (konon nak pakai serba baru di hari pertama seisi persekolahan.
Semalam cikgu ada hantar link untuk downlond buku teks.Maka terkial-kial kami anak beranak buka link, mula-mula salah masuk sebab log in menggunakan gmail rupanya kena guna user name yang pihak sekolah bagi.Begitulah kan kalau benda baru ni mestilah kurang arif.Walau bagaimanapun Alhamdulillah dapat jugaklah downlond buku teks tu
Semoga kita semua dapat biasakan diri dengan normal baru ini dan sama-sama kita doakan semoga covid19 berlalu pergi.Kalau keluar rumah jangan lupa pakai mask tau dan jaga jarak.Kita jaga kita.Semoga kita semua dijauhkan dari wabak penyakit yang merbahaya ini.Tidak nampak pada mata kasar tapi kesannya cukup memudaratkan kesihatan.
Sekian bebelan hari ni, pada asalnya nak buat n3 resepi dan terpanjang sangat intro terus kansel jadi bebelan jer la.Resepi nantilah saya kongsikan dalam n3 seterusnya.Banyak lagi resepi yang tertangguh.
Terima Kasih 100K SUBSCRIBER YouTube Malina Lina Pg
Assalamualaikum...
Dah lama tak update kat sini.Pagi ni hujan turun mencurah-curah di bumi Pulau Mutiara.Terasa sejuk nyaman.....Macam tarik selimut jer hehee.Tapi memandangkan hari Jumaat dak sarah balik awal dari sekolah, kenalah siapkan apa yang patut lebih awal dari biasa.
Okey hari ni saya bukan nak share resepi tapi nak kongsikan kegembiraan, nak bagitau youtube channel lina pg dah mencapai 100K subscriber.Ya Allah terasa macam mimpi pulak.Tak sangka youtube kampungan tu dah berjaya mendapat 100K subscriber.Alhamdulillah...Terima kasih semua yang sentiasa menyokong.Kalau korang buntu tak tahu nak masak apa, boleh terus jer ke youtube lina pg okey.InsyaaAllah kat sana akan sentiasa ada video-video terbaru setiap minggu.Hari ini kalau sempat siap edit voice over, saya akan publish satu video.Editing dah siap cuma nak masukkan voice over jer.
Bagi yang belum subscribe, Jom support youtube channel lina pg
https://youtube.com/c/LiNaPgTeratakMutiaraKasih
Senang jer tau nak melanggan, sign in guna google account jer, Macam buat fb tu.Lepas tu subscribe.Jangan Lupa PERCUMA jer
Saya saja nak simpan kenangan dalam blog ni.Biasalah bila hujung minggu kami sekeluarga akan keluar Jalan Jalan Cari Makan.Makan kemudian ronda ukur jalan.Kebiasaanya lunch kami agak lewat kalau hujung minggu, bila dah pukul 3pm baru nak cari makan kami tujulah ke Minah Restoran ni.Restoran peberet kami sekeluarga.Kari Kepala Ikan dia memang sedap.Boleh kami hampir setiap bulan kami akan makan kat sini.
Masuk dalam kedai pengunjung tak ramai dah sebab dah hujung2 time lunch..Ternampak satu meja panjang agak ramai jugak 10-12 orang kot.Saya ni macam biasalah tak pandang kiri kanan..tambahan duduk membelakangi grop yang ramai tu.Lagilah tak perasan.Tapi en.suami tegur dia cakap 'artis kan kat meja belakang?Saya toleh..ooo Azira Shafinaz.Tercari2 jugak kawan2 Defam dia, rupanya memang dia datang sorang jer.Sementara menunggu makan dimasak, saya ambil kesempatan untuk bergambar.Tambahan bila tengok Azira Shafinaz dah siap makan.Kita minta izin la kan....Bagus dia sudi melayan peminat...Orangnya sangat simple tapi cantik natural.Saya tengok macam tak pakai make up pun.Cuma secalit lips moist jer...
Terima Kasih Juxtaposeproduction RASA Instafamouse Astro 135 Maya HD
Salam pagi Jumaat penuh barkah.Hari ini saya buat entry serba ringkas sahaja.Saja nak kongsikan kegembiraan dengan pembaca blog TMK ni.Kisahnya 2 minggu lepas, tengah dok online kat IG tiba2 melintas kontes ni...sekali baca T&C alahai senang sangat.Tambahan pulak Instafamouse minggu tu blogger otai K1 rakan blogger saya sekian lama masa blogging tengah meletup2 dulu.Apa lagi terus lah jawab soalan tu.Alhamdulillah saya menang hadiah Mingguan (Minggu ke-8)Sebelum ni saya pernah beberapa kali juga berkerjasama dengan Pihak Majalah RASA.Berkongsi resepi dalam Majalah RASA.Kali ini RASA mengorak langkah lebih jauh menawan media elekronik pula.Semoga RASA terus gemilang di persada dunia masakan....
Dan pagi tadi saya dimaklumkan dari pihak penganjur, hadiahnya telah di bank in kan...Terima kasih Juxtaposeproduction.
Kalau korang nak join kontes ni juga, boleh jer..
Filem Munafik 2 arahan pengarah muda Syamsul Yusof tengah meletup di pawagam sekarang ni.Kalau korang suka tengok movie, tapi tak suka melayan filem tempatan.Apa kata korang bagi peluang untuk filem Munafik 2 ni.Tak rugi bayar tiket sebab sangat berbaloi.Kalau nak jimat pergilah menonton pada hari Rabu dapat harga tiket murah hahaa..(kat GSC la pawagam lain kami tak tahu)
Saya tak mahu buat spoiler untuk filem ini.Tapi bagi saya 'SERAM'nya filem Munafik 2 ini ialah pada pengajarannya.Ya Allah pengajarannya menusuk hingga ke jantung.Takutnya dengan fitnah akhir zaman.Semoga kita semua mampu mempertahankan akidah Islam hingga ke hujung nyawa.
Hurmm...bagi peminat yang rindukan kemunculan Mawi (AF3) akan terubat sebab Mawi buat come back dalam Munafik 2 ni.Memang tepat pemilihan Mawi dalam filem ini sebab wataknya memerlukan bacaan ayat2 al Quran.
Nak jadi pengulas filem pulak ke?Tak delah saja isi masa lapang sebab cuti panjang kan..saja kasi idea kat korang kalau tak tahu nak buat apa cuti 3 hari ni hehee.
Berteman hujan lebat pagi ni buat n3 buah-buahan yang semakin pupus.Anak2 saya memang langsung tidak mengenali buah2 rare ni.Saya sendiri pun cuma kenal buah binjai dan buah Tanpoi sahaja.Buah perah atau ada jugak yang menggelarnya dengan nama Buah Perah ni saya cuma kenal nama sahaja sebab ada hentian RnR di Grik sinun namanya Perah hehee..bersempena dengan nama buah ni.
Glemer Betul LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih Ramai Yg Klon Guna Tag Line tu
Salam hari Rabu, kebelakangan ni ramai betul yang buat kerja mudah.Menagguk hasil titik peluh orang lain.Kalau dulu hanya gambar yang diambil, tapi sekarang ni keselurahan n3 di klon.Tapi kes saya ni agak istimewa sebab ada yang menagguk menggunakan tagline 'LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih' utk menangguk visitor view blog mereka..huhuu...betapa 'GLEMERNYA si LiNa Pg tu kan??Sampai orang lain mampu buat duit guna nama dia.Bukan itu saja tau..lagi best #hashtag yang LiNa Pg guna kat IG pun ada yang buat road block tengah jalan gak tau...HEBATTTTTTT sangat penangan LiNa Pg ni... saya bagi contoh #bloggerLiNaPg #teratakmutiarakasih #simplysedap dan lain2.Nanti saya tunjuk contoh.Pasni saya nak glemerkan blog yang klon n3 TMK ni.Ada yang saya dah emel bg warning...ada yg saya komen kat blog dia(tapi owner lom approve) sebab tak keluar pun kat ruangan komen tu...
Saya bagi 'PERINGATAN MESRA' saya bagui chance hingga 30hb Nov 2017 sahaja..Kalau blog2 tersebut masih klon N3 TMK saya akan ambil tindakan...wasalam la adsense kamu yang menari2 tu ..lagi best kalau kena BANNED.Okey...Sekian Peringatan mesra
http://citarasaboss.blogspot.my/
sila delete blog anda sebelum kena remove oleh goggle.100% klon n3 dari TMK
http://www.saygoodbyetodiabetes.today/teratak-mutiara-kasih-lina-pg-say-goodbye-to-diabetes.html
Yg ni menangguk guna nama LiNa Pg Teratak Mutiara Kasih.Ciluk pulak tajuk2 n3 TMK..tp tadak apa citer pun...jual ubat
Yg ni saya dah emel...
Korang tgk la..ni beberapa jer saya snap..banyak lagi
Di Sebalik Tabir Shooting Bersama Dato' Chef Ismail,Fahrin Ahmad Dan Pensonic
Hai semua..nampak x abang sado tall encem Fahrin Ahmad yg kat set penggambaran Chef Mail Masak BersamaPensonic 2017.Apa lak yg LiNa Pg buat kat sini heheee.Ekceli ni sedang tunggu Q untuk masuk ke set.Progress shooting ni amat lancar.Saya masuk jer sekali jalan tak de cut...cut..segala dialog adalah spontan jer..memang xde skrip dan tak diskus apa2 pun.Redah ajer.Itulah bila bekerja dgn orang profesional.Alhamdulillah semuanya lancar.































