Sunday, March 24, 2019

Azira Shafinaz Si Cantik Manis Dan Lincah Menari

Assalamualaikum...
Saya saja nak simpan kenangan dalam blog ni.Biasalah bila hujung minggu kami sekeluarga akan keluar Jalan Jalan Cari Makan.Makan kemudian ronda ukur jalan.Kebiasaanya lunch kami agak lewat kalau hujung minggu, bila dah pukul 3pm baru nak cari makan kami tujulah ke Minah Restoran ni.Restoran peberet kami sekeluarga.Kari Kepala Ikan dia memang sedap.Boleh kami hampir setiap bulan kami akan makan kat sini.
Masuk dalam kedai pengunjung tak ramai dah sebab dah hujung2 time lunch..Ternampak satu meja panjang agak ramai jugak 10-12 orang kot.Saya ni macam biasalah tak pandang kiri kanan..tambahan duduk membelakangi grop yang ramai tu.Lagilah tak perasan.Tapi en.suami tegur dia cakap 'artis kan kat meja belakang?Saya toleh..ooo Azira Shafinaz.Tercari2 jugak kawan2 Defam dia, rupanya memang dia datang sorang jer.Sementara menunggu makan dimasak, saya ambil kesempatan untuk bergambar.Tambahan bila tengok Azira Shafinaz dah siap makan.Kita minta izin la kan....Bagus dia sudi melayan peminat...Orangnya sangat simple tapi cantik natural.Saya tengok macam tak pakai make up pun.Cuma secalit lips moist jer...
 Posing dengan artis 2 gambar, 2 pose yang berbeza tapi LiNa Pg menten cam itu juga gayanya hahaaa
Muka ada senyummmm siket.
Saya post salam satu gambar ni dalam Instagram dan tag Azira Shafinaz, memang tak sangka dia mai like dan komen dalam post saya.Padahal dia bz dengan shooting kat Penang.Lagilah minat dengan si Cantik yang tak sombong ni....Gud luck untk DFKL nanti

Saya suka lakonan Azira Shafinaz pertama kali tgk lakonan beliau dalam telemovie Simpang Sejenak dia jadi 'orang halus' nama Manis...Masa tu saya tak kenal pun tercari2 sapanya yang nyanyo lagu soundtrack dan sapalah herion ni...Bila buka utube barulah tahu pelakon dia...Masa tu mayb baru nak naik.Nama makin meletup dalam Villa Ghazara bila berganding dengan Syukri Yahya...Lagi meletup dalam Seribu Rindu bersama Zul Ariffin
Good Luck Azira Shafinaz

1 comment:

EmbunRosaliza said... Balas

Pakej la ni cantik dan baik.. baru org suka.. syiokk jumpa retis.. mcm akk jumpa retis tp x ingat nama sokmo hahah.. kalau ada puteri atau yg lain baru ingat nama haha.. si kecil tu walaupun halus lg tp retis tau nama

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...