Assalamualaikum...
Cuti-cuti sekolah macam ni kita masak yang ringkas2 jer la kan..Sedap hirup kuah singgang ni kalau cuaca panas2.Kalau musim hujan pun sesuai jugak laik simple macam ni.Korang dah ada idea ke nak masak apa?Kalau belum ada idea boleh la cuba Singgang Sotong ni...Kalau kat kampung saya panggil Sotong Katok Serai.Katok means 'ketuk'
Ringkas tapi sedap
SOTONG MASAK SERAI/SINGGANG SOTONG
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
400g sotong
2 batang serai (titik/ketuk)
3 ulas bawang merah (mayang)
2 ulas bawang putih (mayang)
1 asam keping (option)
Garam dan perasa
Air secukupnya
Cara-Cara
- Satukan semua bahan kecuali sotong.Masak hingga kuah mendidih.
- Masukan sotong dan masak sekejap sahaja.Masukkan cili padi.
- Dah siap tutup api
- Untuk video tutorial, silak klik link di bawah
0 comments