Assalamualaikum....
Ketandusan idea tak tahu nak masak apa hari ni?Dalam peti ais ada ikan kecik2 tak?Ikan kembung/mabung/pelata dan sewaktu dengannya..Hurmm apa kata korang buat jer Ikan Goreng Sambal Hijau ni..ala ala ikan goreng berlado jugak tapi guna lada hijau.Sedap tau makan dengan nasi panas2.Lauk kering macam ni memang berselera makan.Kalau nak guna isi ikan pun sedap jugak.Ikan Goreng Berlado ni adalah lauk tambahan sebab tu saya masak siket sahaja nak clear peti ais.
Untuk Resepi Ikan Goreng Sambal Hijau ni saya sediakan video tutorial jugak.Bole tgk di youtube okey..
Hari ni macam ketandusan idea jugaklah nak mengarang...Okey jom kita semak resepi teruslah
Simple sahaja...sambal tu gaul2 dengan nasi memang sedapppp...Cubalah
IKAN GORENG SAMBAL HIJAU
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
- 2 ekor ikan kembung
- 1 labu bawang besar (mayang)
- 10 biji cili padi (kisar kasar/tumbuk)
- 3 biji cili hijau (kisar kasar/tumbuk)
- 1 labu bawang besar (kisar kasar/tumbuk)
- 3 ulas bawang putih (kisar kasar/tumbuk)
- 2 cm belacan bakar (kisar kasar/tumbuk)
- 1 sk asam jawa
- 1/2 kiub ikan bilis
- Garam, gula/perasa dan kunyit
- Minyak
Cara-Cara
- Perasakan ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga masak (jangan terlalu garing)
- Keluarkan sedikit minyak, tinggal sekadar untuk menumis.Tumis hirisan bawang besar hingga sedikit layu (tak perlu garing) kemudian masukkan bahan kisar.Tumis hingga garing.
- Masukkan asam jawa dan kiub ikan bilis (atau garam).
- Masukkan ikan yang telah digoreng tadi.Gaul rata dengan tumisan.Ikan Goreng Sambal Hijau sedia dihidang.Selamat Mencuba.
- Untuk video tutorial, klik link di bawah
0 comments