Cara Tanak Pulut Guna Dapur Gas (Pulut Masak Sekata dan Tidak Mentah)

By LiNa_Pg - Thursday, March 21, 2019

Assalamualaikum...
Hari ini saya nak kongsikan cara untuk tanak pulut menggunakan dapur gas.Cara ini sangat sesuai untuk keluarga kecil ataupun untuk nak makan 2-3 orang sahaja.Kalau nak makan banyak sampai sekilo tu baik kukus la lagi ok.Kalau setakat nak tanak 1-2 cawan tanak lagi cepat kan.
Ramai juga yang suka tanak dengan rice cooker, sebenarnya boleh jugak tapi bagi saya kurang gemar menggunkan rice cooker..salah satunya rice cooker saya besar, pulut yang nak ditanak tu 2 pot (sebab anak kurenggggg suka) bila masuk beras pulut nuuuu sayup kat dasar periuk hahaa..Lagi satu masalahnya pulut berkerak..yang berkerak tu pun dah 1/2 pot alahai sayangnya kan..Baik tanak guna rice cooker jer..Cepat pun cepat..pulut pun tak berkerak...hurmm macam mana tu?Jom saya kongsikan cara saya tanak pulut.Bagi yang dah pandai tu sila abaikan.
Owh sebelum terlupa, cara tanak pulut saya sediakan video tutorial..Boleh refer ke utube LiNa Pg okey

Putih suci jer pulut tu kan hahaa...Pulut Ikan Masin gaul nyoq..memang old skool

Resepi Pulut Tanak
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan
2 cawan beras pulut
2 cawan air

Cara-Cara
  1. Cuci beras pulut hingga air jernih kemudian toskan.Masukan ke dalam periuk
  2. Masukkan air.Tanak api kecil sahaja.Kalau nak tutup periuk pun boleh.
  3. Kacau pulut sekali sekali supaya masak sekata dan tidak berkerak.
  4. Selepas air kering..kecilkan api (paling kecil)dan tutup periuk tunggu hingga pulut masak.
  5. Selamat Mencuba.Sangat senang.Sukatan air kena betul dan api kecil sahaja supaya pulut masak sekata secara perlahan dan tidak mentah.
  6. Selamat Mencuba.Untuk video tutorial, sila klik link di bawah

  • Share:

You Might Also Like

2 comments