Cara Buat Kuih Cek Mek Molek Sedap Dan Lembut

By LiNa_Pg - Monday, March 18, 2019

Assalamualaikum....
Beberapa hari terbiar jer blog tak sempat nak update apa-apa.Apa khabar kawan2 semua?Saya harap semuaya sihat.Cuaca panas sekarang ni kena minum banyak air ok dan jaga kesihatan.Kurangkan aktiviti di luar rumah.
Alhamdulillah pagi ni mencuri sedikit waktu untuk buat n3 blog.Tapi resepi recycle jer.Iaitu Kuih Cek Mek Molek.Bila buka blog dan cari n3 terdahulu, Ya Allah punya lama saya post kuih cekmekmolek dalam blog ni.Tak tahulah sepanjang 2012-2019 ada buat Kuih Cek Mek ke tidak hahaaa....Mayb ada buat cuma tak snap gambar atau memang tak ada buat langsung.Tu dia sampai tara tu dia punya hilang ingatan hahahaa.
Kali ni saya rajin siket buat video tutorial untuk lebih mudah korang rujuk.Kuih Cek Mek Molek ni lagi sedap kalau ubinya lebih dan tepung kurang sedikit.
Saya nak kongsikan tips masa adun tu kalau adunan masih lembik dan tepung sudah habis ikut sukatan asal)Jangan tambah tepung, cuma sapukan tangan sedikit minyak masa membentuk cek mek molek.So, kuihnya nanti lembut dan sedap.Kalau makin ditambah tepung, hasilnya kuih akan keras dan tidak sedap bila dimakan sebab rasa bertepung sangat.
Okey jom kita semak resepi.

Sedap kan kuih cek mek molek dimakan bersama kopi O kurang manis.
KUIH CEK MEK MOLEK
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
3 ketul ubi keledek (~750g)
1 cawan tepung gandum
Gula secukupnya
Minyak

Cara-Cara
  1. Rebus ubi keledek bersama sedikit garam hingga empuk.Lenyek ubi hingga halus.Boleh jugak kalau nak tumbuk dengan lesung batu.
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil menguli hingga doh tidak melekat di tangan.
  3. Jika adunan masih lembek.Baca tips yang LiNa Pg tulis di bahagian atas.
  4. Ambil sedikit doh bentukkan menjadi bulat dan leperkan.Masukan gula dan bentukkan menjadi bentuk cek mek molek.
  5. Panaskan minyak goreng cek mek molek hingga kuning keemasan.
  6. Peringatan, selepas kuih masak.Biarkan sebentar hingga kuih sejuk sedikit barulah dimakan.Gula cair di dalam kuih cek mek boleh mengakibatkan lecuran.Jangan gelojoh okey...Jangan kata akak tak payung hahaaa
  7. Okey untuk lebih mudah difahami.Korang boleh klik link di bawah untuk video tutorial

Kasi up sekeping lagi.Suapaya korang terliur.Ops hari ni saya ada buat video baru di utube.Pukul 
10.15am

  • Share:

You Might Also Like

0 comments