Cara Buat Kuah Rojak Buah | Petis Rojak Buah Yang Sedap Dan Sangat Mudah

By LiNa_Pg - Saturday, March 23, 2019

Assalamualaikum....
Bila time cuti macam ni, kalau tak ada buat apa2 mesti terasa nak mengunyah jer kan?Apa kata korang buat Kuah Rojak cicah dengan jambu batu atau buah mangga ke nanas ke memang sedap sesangat.Kalau beli sebekas tu 2x menyicah dah abes dah kan.Baik buat sendiri resepi Kuah Rojak yang saya kongsikan ni memang sangat mudah dan sedap.Dah banyak buat sebenarnya cuma kali ni terajin buat video.
Selepas beberapa kali eksperimen resepi ni korang boleh letak air jika suka makan secara mencicah/colek.Tapi kalau nak makan style orang jual dengan lori tu tak payah letak air.Bila potong buah dan gaul dengan kuah rojak tabur kekacang.Kalau tak letak, nak masak tu kejap jer sebab memang pekat dan akan makin likat apabila sejuk.Kalau letak air kena kacau lama siket supaya pekat dan lambat berkulat.So, terpulanglah citarasa korang nak macam mana..Saya cuba kedua2 ni...dua2 pun sama sedap jer..yg beza kepekatan tu jer...
Resepi saya guna yang sama jugak, ambil dari Dapur ZDZ 

Kekacang tu tabur ciput jer sebab en.suami tak makan.Yg ni mama dengan nisa yang makan..Walaupun resepi simple jer tapi sangat sedap la dan menepati citarasa kami
RESEPI KUAH ROJAK BUAH / PETIS ROJAK BUAH
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com
Bahan-Bahan
3 keping gula nisa (180g)
1/2 cawan gula pasir
4 sudu besar cili giling
2 cm belacan bakar
1 sb petis udang
1 sb kicap pekat
2 sb cuka makan
1/2 sb kicap masin
1 cawan kicap manis (secukupnya)
1 cawan air (option)

Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan (kecuali kicap manis dan kicap masin)
  2. Kacau hingga gula nisan dan gula larut baru masukkan kicap masin dan kicap manis.LiNa Pg sengaja masukkan 2 bahan ni lambat sedikit supaya senang nak adjust rasa manis dan masin tu sebab dah guna belacan dan gula.
  3. Kacau hingga pekat dan tutup api.Dah siap
  4. Boleh refer Youtube LiNa Pg di bawah ni
Kalau tak jelas, sila tekan direct link ke utube

  • Share:

You Might Also Like

0 comments