Roti Poket Tuna Mayonis Sedap Dan Resepi Sangat Mudah

By LiNa_Pg - Monday, March 04, 2019

Assalamualaikum....
Apa khabar semua?Lama tak bersiaran..sebenarnay banyak bahan yang nak share kat sini.Tapi tu la kebizian manjang untuk update blog.Kadang2 buntu nak taip apa kat sini.Kalau kat utube agak kerap jugak saya upload resepi.Kat blog banyak yang tertunggak.So, kalau korang nak resepi terbaru kena subscribe Youtube Channel LiNa Pg ok...senang jer taip jer YOUTUBE LiNa Pg kat gugel..keluarlah dia...Kat side bar pun ada link tu...
Berbalik kepada resepi hari ini iaitu Resepi Roti Poket Doraemon agak popular sedikit masa dahulu, cuma sekarang macam semakin dilupakan..so, kita refresh balik la..bagi naik semula.
Untuk bahagian inti tu korang boleh guna apa2 sahaja yang disukai...ayam pun boleh..kalau nak guna scrumble egg semata pun boleh..Nak guna tuna sahaja pun ok.Saya campurkan scrumble egg+tuna so dapat agak banyak jugaklah.Kenyang makan ni.Rupa paras pun 'agak menawan hehee' 
Video tutorial Roti Poket Mayonis ni saya kongsikan di youtube sana.Ada juga share ke tiktok..wah tak sangka meletup video dapat 180K view dan like pun hampir 4k...Kira sangat memberangsangkan sebab saya masih baru kat tiktok fan pun x seberapa.Siapa ada tiktok meh follow saya..ID saya juga Malina Lina Pg.Dia carry nama tu jer p mana2 hehee...Mesti ada cakap alaa tiktok tu menari2 jer..Buat apa la 'main' tu...sebenarnya apps tiktok boleh digunakan untuk pelbagai.Ada sports, creative, skills, dance (of kos la kan) saya ni "tiktokfood" (my cooking skills) so tak de la nak menari nari tu heheee...Sebenarnya saya mendapat invitation menjadi "Tiktok Influencer", dengan kata lain "Tiktok Exclusive Creator Program"..so, join tiktok ni bukan sesaja la...Ada la 'job' saya kat sana.
Panjang pulak bebel hari ni.Maklumlah lama x update hehee.
Okey jom kita semak resepi

Simple sahaja tapi cukup mengenyangkan dan juga berkhasiat.Kalau mak2 nak buat sarapan untuk anak2 sangat lah sesuai.Makan on da go pun boleh hehee.
RESEPI ROTI POKET TUNA MAYONIS
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.com/
Bahan A (Roti Poket)
  • Roti Putih secukupnya
  • 1 biji telur (kocok sedikit)
  • serbuk roti secukupnya (kalau tak ada boleh skip)
  • Minyak untuk menggoreng
Bahan B (Inti)
  • 1/2 labu bawang holland (cincang/dadu)
  • 2 biji telur
  • 1 tin tuna mayonis (160g)
  • 2 sudu besar mayonis
  • Garam dan lada sulah
Bahan C
  • Salad
  • Timun
  • Tomato
Cara-Cara (Roti Poket Doraemon)
  1. Letak 2 keping roti, dan canai/gelek nipis.Tekap dengan bekas bulat dan potong.Ulang proses hingga roti habis.
  2. Celup ke dalam telur dan salut dengan serbuk roti/bread crumb.
  3. Panaskan minyak.Goreng goreng tadi.Simbah2 roti supaya roti kembung.Terbalikkan roti dan goreng hingga kuning keemasan.
  4. Angkat dan ketepikan.
Cara Buat Inti
  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang holland hingga sedikit layu (tak perlu garing nanti pahit)
  2. Masukkan telur dan kacau sedikit, kemudian masukkan garam dan lada sulah.Kacau sekejap hingga telur masak tapi masih lembab/moist.Tuang ke dalam mangkuk
  3. Masukkan tuna (ambil tuna sahaja), mayonis dan lada sulah (garam jika perlu)LiNa Pg tak letak garam sebab aji shio dah rasa masin.Gaul rata. Kemudian ketepikan.
Cara Assemble
  1. Ambil roti poket yang telah digoreng tadi, potong kepada 2 bahagian (LiNa Pg gunting supaya lebih kemas)
  2. Letakkan sayuran (salad, timun dan tomato) kemudian masukkan inti tuna mayonis.
  3. Jika lebih suka pedas, boleh letak sos cili sebagai dressing.
  4. Mudah kan...selamat mencuba.
Kalau frame ini kecil, sila klik link di bawah utk tengok di youtube

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. Wah senang je. Tapi berkhasiat. Nak cuba. Thanks k. Lina for the recipe 👍

    ReplyDelete
  2. Mesti cepat laku kalau buat mcm ni

    ReplyDelete
  3. PH suka sandwich macam ni. Sedap. PH ni ketinggalan zaman, Apa tu tiktok pun tak tahu. hah...hah....

    ReplyDelete